Halaman

Jumaat, 29 Julai 2011

Kedatanganmu dinanti, pemergian mu ditangisi...

Kepada semua readers blog, selamat menyambut bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu kerahmatan dan kebahagiaan...

Selamat berpuasa kengkawan!! MAaf zahir dan batin.

TGI Fridays






Kesah ni dah lame...baru nak update. Bz beb!!! kUikuikuikuikuikui!!! Sempena menjelang bulan Ramadhan neh, kitorang pegi melampiaskan nafsu makan yang membuak-buak neh. Tp, disebabkan nafsu memuncak tika gaji belum menampakkan lagi kat ATM, aku paksa Cenor belanja aku!!!Heheheheheheheeh...naseb mengandung so Cenor takleh la menolak kan? Kang sian anak aku dalam perottt...thanks dik!

Anyway, TGI Fridays neh lebih kepada steak tp aku gatal pegi order benda alah kat atas ni. Apepun, memang meletopssss menu n service die!!! Tiptop!!! Nanti nak pegi lagi tp rase mcm nak pegi Garden Cafe pulakk...tungguuuuuuuuuuu!!!!!!!!

Yang makan 2 orang tp order mcm 4 orang makan.....

Rabu, 27 Julai 2011

Baby nak makan ape?

Hari neh, baby dalam perot melonjak-lonjak nak makan sesuatu...
ape dia?
`
`
`
`
`
`

Sate Hj. Samuri..

burppp.......konyang!

Omaakk eee yang nak makan, baby dalam perot jugak dipersalahkan.....hihihihihi


Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di waktu malamnya adalah lebih baik daripada 1000 bulan.
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.

8 ) Memberi berbuka banyak pahala.
9) Bulan keampunan :-
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,

- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan
~ kalo tak dapat buat semua,..jangan pulak tak buat lansung!! ~

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah


**** Rindu Ramadhann..bulan penuh keberkatan.

Isnin, 25 Julai 2011

Cloth Diaper CD

Comel kan? Geram tgkk mcm2 kaler!! Insyaallah, tgh survey yang CD yang terbaik disamping boleh menjimatkan kos. Hihiihiihi...

P/s: Mane2 blogger yang jual CD neh, sila add saye kat FB ye, Mummykd Sulaiman

Kyros Kebab Daging

Lunch tadi, baby dalam perut nk makan neh!
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`


Burpppp!! Alhamdulilahhh...sedap sampai makan tengah drive. Si Cenor kat sebelah dah seriauu...lapau lerr..

Alhamdulilah...

Alhamdulilah...

* barang2 dr umah lame dah selamat sampai ke umah baru.
* astro dh selamat pasang. (semalam)
* perabot yg beli sikit2 pun dh ade yg selamat sampai.

Tengah pening...

* pk nak kemas!!!

Tapi...

* lom rasmi tido kat umah baru lagi

sebab...

* insyaallah, minggu nih Kimi selesai qiraati 2. pastu stop dh, tahun depan insyaallah nak carikan skolah agama.
* minggu ni jugak Rin outstesen tp x lame 2 ari je. So, tggu die balik baru kitorang balik umah baru.

Jadinyeee...

Mama....kami tumpang tido umah mama minggu ni yeeeeee...

Rabu, 20 Julai 2011

Salvana bertunang

Cantik kawan aku neh. Berbeza betul bile dah dimekap.
Tahniah Salvana n tunangnye Bahri. Kenduri kahwin bulan November nanti, insyaallah.

Tengah nyanyi!

Wat pe tu cik Kak?
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`


tengah kusyuk menyanyi ikut lagu kat radioo...Papa tukang backing vokal!

Kenape mate Kimi?

Ni gambar ari Khamis lepas. Mase kejut Kimi bangun tido aku x perasan mate die bengkak. Dah sudah mandi, Kimi nak pakai baju, barula aku perasan. Ingatkan die sakit mate tp mate die x merah pulak. Mungkin kene gigit semut. So, aku decide Kimi x yah ke sekolah, sian pulak mate die bengkak. Pehtu aku, titikkan EYEMO, menjelang malam dh surut dh bengkak. Aku tunggu sampai esoknye, kalau bengkak lagi, aku nk bwk g klinik. Tapi, alhamdulilah, ok je.

Selasa, 12 Julai 2011

Family Day

Family Day kali ni kat Lumut, Perak. 1st time BAKAT buat tempat jauh n bermalam. Tapi, malangnye, aku x dapat pegi. Sebab last minit, Rin ajak nak setelkan hal umah kitorang kat Nilai tu. Wiring lama sangat sampai sebulan lebih baru siap, salah satu sebab kitorang tertangguh nak berpindah. Alhamdulilah, umah pun dah basuh, dah cat, barang2 pun dah angkat sikit2. So, terpaksalah berkorban nafsu, x dapat la join family day ni.

p/s: Dgrnye sambutan kurang, ramai yang last minit macam aku ni cancel!!! tapi bukan sengaja, terpaksa!!!!

FM Tioman with luv!

Member aku Siti Zaimah baru balik kursus kerjalapangan kat Tioman. Mcm bese die MUSTI belikan aku FM. Bukan satu tapi DUA!!!! Baek die neh!! Moga dimurahkan rezeki dia sekeluarga.

Yang penting, mane2 die pegi MUSTI die ingat kat aku kan? Hehehehe...PERASAN SENDIRI dibenarkan!

Satu bentuk ikan n satu bentuk surfboard.

Thanks Cikmah!




Isnin, 11 Julai 2011

Upah tolong cat!!

Lepas color contest Kimi, kitorang rush ke Nilai. Sebb nk cat bilik n hall bawah. Sampai je kat Nilai, sepupu aku Emy kol kate dorang pun dh sampai Nilai. Naseb baik ade dorang, cepat sikit sudah. Pas dah setel cat walaupun x sempat abeskan sume, kitorang belanja dorang makan kat Village View, Hentian Kajang.

Orang dewasenye 4 orang, budak2 4 orang je. Tp si Rin amik dua meja 12 orang makan. Sekali memang sesuai la dok kat meja besa, ko tgk sisa makanan tu? Masing2 makan macam nafsu gajah!!! huhuuh..berbaloi-baloi!!
Aku n Emy...sume dah lalokkkk!!!

p/s: Thanks ye sbb sudi datang tolong kitorang.

Color Contest @Floria, Putrajajaya

Ari Sabtu lepas, Kimi ade color contest kat Putrajaya. Kimi wakil prasekolah die n ade 2 org lagi kawan die. Alamat yang cikgu bagi x tepat. Kalau bagitau kat Monumen Alaf Baru tu, tahu sangat dah. Ini x, bagitau kat Perbadanan Putrajaya. Haram jadah, sesat barat jadinye! Kul 9 am, baru sampai tapak Floria tu, naseb x start lagi. Participant dari sume Prasekolah kawasan Selangor, ade 120 orang.





Kat tempat tu ade taman2 yang direka cantik oleh student2 dari Universiti seluruh Malaysia.. So, amik gambar dulu.
Dhia x senang duduk sebab panas n kerusi pun x cukup.
Oooo...Mami sangat **verrisiii!!
B4 start, pose dulu..

Kimi ngan kawan baru die. Bosa bodan eee tp baru prasekolah.
OOoooooo tidakkkkk!!!!





Aksi2 Kimi mase tgh mewarna. Die memang ikut Mami die, suke WARNA.


Pose jangan x pose sementara tunggu Kimi abes color.
Ni dah sudah contest, amik angin kat area cruise. Si Kimi ngan Dhia nak naik perahu dondang sayang ke ape. Tp ari tu, x jalan pulak. Ajak naik cruise, dorang x mo. Dorang cakap dah selalu naik gi jalan2. Ayat mcm bagos je memasing kannn?

Jom balik!!! Sesi nak mewarnakan umah Nilai pulak. Moh!mOh!mOh!

Jumaat, 8 Julai 2011

Congratulations!!!

Tumpang happy ngn kawan aku sorang ni, Salvana. Insyaallah, dia akan bertunang ari Sabtu minggu depan (16/7/2011), n insyaallah juga kenduri nikahnye pada bulan November nanti. 19/11/2011, kalau aku lom bersalin, sempat laaa...

Apepun, semoga berbahagia Sal. Memang ini berita yang ditunggu2 selama ni...

Rabu, 6 Julai 2011

Thank Q!

Hadiah drpd Maklang, Makteh n Cu Mok. 2 untuk Kimi n 1 untuk Papa. Kimi dapat selai kemeja n satu kotak kasut stationery. Selamaaaattttttt!!! tahun ni leh cut cost utk stationery!!menimbun dahhh!!!

Papa dapat selai t-shirt. Leh arr wat ghaye sok...heheheheh....

Thanks olss!!

Satar in da house!!

Last week Rin g outstesen kat Pulau Perhentian. OTW die nak balik, aku sms die tanye ade beli ape? Rin cakap beli keropok kering je. (Pandai laki aku buat stok byk2 kat umah, senang kalau ade orang datang kan?) Aku cakap kat die, aku tingin nak makan satar. Die cakap satar kat Tanjung Lumpur best sbb die pun dh sampai Kemaman, cari lah satar Kemaman.

Aku bukan la suke makan pun satar neh. Dulu mase g bercuti kat sane, aku x jamah pun padahal sepupu aku mcm nak mampos kate satar ni sedap. Satar yang Rin beli ni ade terselit cili padi so rase die lemak manis plus pedas. Ok lahhh...sudahnye si Rin ngan Dhia pulun kasi abes!