Halaman

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Ulangtahun Bondaku...31 Ogos 2010




Selamat Ulangtahun buat Bondaku yang kedua. Pn. Rahah Mustafa (tudung putih)

Semoga Allah memberikan kerahmatan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat.

Anakanda doakan:

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu, moga dikurniakan kesihatan yang menyegarkan agar dapat menyemaikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak, daya fikiran yang telus dan jitu agar dapat meneruskan perjuangan dalam kerjayamu lantas mengurniakanmu sejuta kepuasan dan keberkatan serta senyuman yang semanis kurma dan madu khusus untuk semua yang menyayangimu.

Plan berbuke pose...

Hari ni selain kusyyuk men'adjust' kertas soalan, sempat lagi aku meng'adjust' tempat untuk buke pose esok.

Date: 31 Ogos 2010 (Selasa)
Time: 6.30 petang - 9.00 malam
Venue: Puri Pujangga, UKM (kecoh la!)

Mcm tahun2 yang lepas, kitorang rajin ajak ramai2 sedara mara n sepupu sepapat yang nak pegi dan terdekat ngan area Bangi dan yang berkesempatan, berbuke pose kat mane-mane tempat yang best. So, tahun ni mcm bese, kami berkumpol lagi walaupun x ramai. Lagipun mcm suntok je kan, x sempat nak kumpolkan sekampong.Sape yang ade lah.

So, ini antara yang akan hadir!!

Dewasa: RM30

1. Mama
2. Aku
3. Zarin
4. Mami
5. Pakmi (tokojut den!)
6. Faten
7. Amy
8. Mizan
9. Kakcik
10. Kakteh
11. Hafiz
12. Ayu
13. Sadiq
14. Anjang
15. Makjang
16. Azeem

Kanak-kanak ( 6 thn - 12 thn) RM15

17. Kimi
18. Dhia
19. Aqilla
20. Qistina
21. Dyna (bukan otomen dyna ye!)

So, nantikan entry seterusnye!!!

Rabu, 25 Ogos 2010

Bonus Raye

Alhamdulilah, berita yang ditunggu-tunggu akhirnye muncul jua!

Kakitangan kerajaan dari Gred 1-54 dan pesara kerajaan dapat DUIT RAYA RM500.

Alhamdulilah, rezeki anak-anak.

Isnin, 23 Ogos 2010

N3- buke pose kat umah mentua





Semalam, baru la dapat nak berbuka pose kat umah ayah. Saje je tahun ni, aku biarkan Rin arrange sendiri bile nak berbuka ngan family die. Kalau sebelum ni, aku je lah yang pecah kepala meng'arrange'kan mase bile nak berbuka kat sebelah sane. Itu belum lagi fikirkan nak berbuke posa ngan mama pulak. Nyatanye, itula hasilnye kalau RIN yang merancang. Adik-adik Rin sekelian, jangan kecil hati ye. Bukan ape, at least biarlah korang tau kan? Dah la datang lambat, mcm nak buke pose kat umah kengkawan je. adoi haii...x sensitif langsung la!

Alamak, dh emosi pulak. X mo!X mo!Tutup kes!

Ok, gambar kat atas tu sebahagian makanan yang ayah masak mase buke pose semalam. Kuih dadar @ kuih ketayap tu pun ayah yang buat. Die memang pandai masak. Ade lagi lauk yang x de dalam gambar, mcm lauk gulai kawah, sop ayam, roti bom. Ade yang masak n ade yang beli. Tp, x semua anak ayah ade semalam. Dak Ira ngan anak2 masih kat Kelantan lagi tinggal Angah je lah. Dak Apit satu family pun x de. X pelah, nak buat mcm mane.

Thanks 2 makcik googles utk pic diatas. X sempat nak snap gambooo....

Jumaat, 20 Ogos 2010

Roh Di Bulan Ramadhan

Credit to Blog AinNoraini



Menurut satu hadith Rasulullah.. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu : doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Geli!!!!



Adoiiii!!!meremang bulu roma aku!!!

Bayangkanla kalau ulat ni meliuk-liuk dalam korang punye breast? Berlubang-lubang pulak tu ha!!!! Sumpah gile aku GELIIIII!!!!

Sumber ni aku dapat kat FB, menyatakan kalau beli baju, bra, spender baru, kene basuh dulu. Sebabnya, kat baju, bra atau spender baru selalu nye ade ulat2 larva yang melekat kat setengah2 tempat. Kalau ade ulat tu, die akan berkampung dalam kulit kite dan ini lah jadinye!!!!!

So, korang!berhati-hatila ye. Aku x tau la ni betul ke idak tp x salahkan kalau aku menyampaikan berita ni. Sekadar peringatan jerr...

Bile kite nak berbuka pose ramai-ramai ek?







Malas nak buat keje, menggodek gamba-gamba lame.

Tak sabar nak tggu raya, jumpe sanak saudara!!!

Mane datang nye manusia ini?

Pelikla?????

Cuba korang tgk kat shoutbox aku tu, ramai betul peminat dari oversea. Huahuahuahuahuahua...iye ke dr oversea? hahahahahah..perasan la aku!

Mane datangnye dorang ni ek? Aku visit blog dorang balik, byk blog meniaga ler...Haishhh!! Anyway, thanks la for visit.

Makan dan makan...



Semalam pegi umah ayah, dak Angah bawak durian dr Bentong. Aku memang x makan langsung durian ni kecuali mase ngandungkan Dhia je penah aku makan. Tp, jangan tanye aku ape rasenye sbb aku dh x ingat dh macam mane sedap aku makan durian dulu. Semalam Rin ngan Dhia la pulun makan durian ni. Ish, geli geliman aku tgk Dhia makan, berlejeh2 ngan bau lagi satu hal!



Aku makan kuih ketayap ni je la. Ini je leh makan. Bapak mentua aku yg buat kuih ni. Boleh tahan.....

Khamis, 19 Ogos 2010

Dapat award friendly blogger!




Thanks to Ann sebb sudi bagi award yang cute ni!

Ok, jom kite jawab soalan. Selalunye macam ni lah, bukan dapat free je award2 ni, kene jawab soalan sudah semustinye!

1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur :

Makan feveret aku time berbuka posa:

1) Ayam Golek ( WAK AYAM kat Bilion PKNS, mabeles!)
2) Ayam masak lomak cili api campo rebung. (Mama masak)
3) Sambal tumis udang atau sotong petai. (Yang ni pun mama masak)
4) Air Soya (Kat pasar malam@ramadhan Shell, budak ni selalu jual. Sedap, lemak dan tahan lama.)
5) Roti Bom
6) mee goreng basah (Pun airtangan mamam jugak, airtangan aku? hehehehe)
7) Teh bunga

2. berikan kepada 5 orang (atau lebih) rakan blogger anda:

Sape aku nak tag ni....jeng!jeng!jeng!

Cenor
Mrs.K

Jumaat, 13 Ogos 2010

Cerita di bulan pose..

MMmmm...lame x apdet blog ni, almaklumlah, puan tanahnye demam lerrr...

Kite pose ari rabu kan? Hari Selasa, aku dh rase x besh dh. Pagi2 lagi serombong dah menunjukkan tanda-tanda nak mengganas. Tapi, aku gagahkan jugak pegi keje setelah telan pil selesema. Sampai opis, leh tahan lagi, menjelang kul 10 pagi pas minum, dh teruk dh, dengan bersin2 lagi, sakit kepala lagi. Nak chow, x bole, sebab kul 12 tengahari tu, ade Majlis Meraikan Graduan Bersama Pensyarah dan Parents. Tp, aku x larat gak, tgk sambutan yang kurang memuaskan, kul 12.30, aku terus chow n amik half day. Huhuhuhuhuhuhu....balik rumah, terus telan ubat selsema n sakit kepala pastu terus tidooo....

Malam tu, Rin ajak g klinik tp aku x mo sbb kalau pegi malam tu tentu x dapat MC..hahahahahahah...cerdik x aku? hehehehehehheeh...Malam tu aku tido je lah, Rin yang layan bebudak ni.Time sahor, aku bangun la jugak dengan badan sakit2, kepala sakit, demam n selsema. Huiiiiii...lepas Rin dah sahor, aku sambung tido balik. Kul 7pagi, aku bangun kejutkan Kimi mandi nak g skolah. Pas siap semua, aku pun siap jugaklah, kirenye nak pegi klinik skali. Then, aku tanye Kimi, abang nak pose ke arini? Die jawab, nak pose tp dh togok air kotak milo sekotak...mmm...x pelah.

Pas anta Kimi g skolah, aku terus g klinik amik ubat dan dapat MC. Hai..bestnye, balik leh tido. Sampai umah, dh namenye pose kan demam plak tu, so tido je lah..Dalam waktu Asar, Rin balik. Die cite Kimi kat skolah x makan pun, die cakap kat teacher die pose...Lahaiiiii.....anak,anak...gigih sungguh Kimi nak pose rupenye.

Dalam keadaan yang x sihat, berbuka pose pun ala kadar je lah...ape nak buat...tunggu la dah sihat nanti bole kite g merambu kat PARAM ye....heheheheh(Ceh!Bukannye nawaitu nak masak bulan pose nih!!!)

Inilah gaya tulisan nye kalau mate sambil layan cite hindustan-JURM!

Selasa, 10 Ogos 2010

Ade ke kawan mcm ni?




Hahahahah..ngeri x gambar ni? Dan soalan aku, ade ke kawan mcm ni?

Tapi, keadaan aku sekarang adalah AKU MENUNGGU sahaja...kapan kah die mahu berbicara?
Adakah keadaan/cerita sebelum ini adalah satu konspirasi nak mengenakan aku? Yelah, aku ni orang terpinggirr..hanya orang2 yang tertentu je bole kawan ngan aku niiii...Atau lebih mudah, aku ni tempat dorang cari bile terdesak je? Bila ada kepentingan aje, barulah aku ni kawan dorang?

So, kepada yang terasa atau mengakui die lah yang AKU KATA, tolonglah jangan RAHSIAkan ape2 daripada aku. Aku juga insan biasa tapi bukanlah boleh dibodoh-bodohkan...

Ramadhan tiba lagi...




Ramadhan 1431 Hijrah.

Kedatangan Ramadhan kali ini disambut sayu bukan kerana x gembira dengan kehadirannya tapi sayu bile mengenangkan orang tersayang yang telah lama meninggalkan kite. Masa ni, akan terkenang-kenang mase menyambut bulan Ramadhan bersamanya. Al-Fatihah...

Apepun, Alhamdulilah...Allah masih mengizinkan aku menyambut bulan Ramadhan kali ni, bersama-sama suami dann anak-anak serta mama.

Untuk kesekian kali, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andainya aku pernah melukakan hati, terkasar bahasa, tersinggung perasaan, gurauan luar biasa...ape yang mampu aku lakarkan..AKU MOHON MAAF, dan semoga dibulan Ramadhan ini dapat mengeratkan lagi jalinan ukhwah silaturahhim sesama insan...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Haruman ros merah n' lily putih




Alhamdulilah, semuanye dah pulih mcm biasa walaupun aku x mengharapkan ape-ape perubahan. Tapi, aku perasan kali ni berbeza dari yang sebelumnye. Nampak perubahan yang die mula sedar selama ini perkara yang die fikirkan sangat enteng. Apepun, aku berdoa agar kebahagiaan dan kerahmatan sentiasa disisi kami bagi membina semula istana yang hampir retak. Aku berterima kasih kepada mentua terutamanya kerana die yang banyak memberikan nasihat. Dan juga kepada Cenor yang sentiasa menjadi pendengar setia dan berkongsi nasihat dan pendapat. Tak lupe juga kepada Mak Uda yang sentiasa menjadi pembimbing tatkala aku dilanda masalah.

p/s: Bilik tido berbau harummmm...

Khamis, 5 Ogos 2010

TAG: 10 THINGS U HATE ABOUT YOURSELF!



Sebenarnya, aku x benci diri aku. Aku bersyukur di atas ape yang Allah telah berikan kat aku. Tp, aku jawab la jugak Tag ni, kang budak Cenor ni memokak jo x abihs2.

1. Proses nak menyelimkan badan tp badan aku ok je rase aku lah..cumemmmmeeeeeee....

Badan aku ni mule menampakkan kekembangan nye bile aku bersalinkan Dhia. Mula2 dulu mase masih menetekkan Dhia (bukan papa die je.) Badan aku memang susut maybe sbb breastfeed kan. Pastu, haaaaa...ambik kau!!! Yang aku risau, tang punggong je la yang menampakkan kekembangan nye. Memang la aset kau!!! tp, kalau kembang mcm lori kontena (kembang mcm jamban duduk, kecik je lagi tu jamban duduk tu!), apekejadahnye?

2. Kulit aku!

Kulit aku ni x sekata mcm berbirat la org tetua cakap. Skang kat bahagian muke, aku gune Tia Amelia tp dh lame dh aku gune x ikot procedur. Main belasah je. Tang kulit badan pulak, sangat la kering terutamanye bahagian kaki. Macam ape je dah aku tengok. Batang buloh pun lagi lembut la baiiii!!!!

3. Penyakit M-alassss

Semua orang ade penyakit ni. Aku pun tergolong jugak la dalam klik ni. Aku ni cepat muak dalam buat satu perkara. Contoh keje umah lah, kalau dalam seminggu tu aku rajin, rajin lah aku dalam beberapa minggu. Kalau datang penyakit M ni, abihlah...mamposss!!! satu ape aku x buat!! gasakla haiii!!

4. Cepat lupe

Yang ni aku x leh comments lobih2. Kang aku yang malu sendirik!! Huauauauauauauauau

5. Aku suke jalan2 cari mentedarah!

Yang ni memang aku suke bangggattttt walaupun aku benci..Hahahahahaah..melangok weiii!sape yang x suke kan? Tp, sendiri mau ingatlah, kuat jalan, makin laju lah mengalirnye ongkosannnnn...

Itu je lah yang aku benci x benci. Kang aku tulis bebanyak kang, nampak na laaa x serupe orang kan? Dh sumenye benci, apo lah yang tinggal?

Ok, skrang sape plak yang akan jadi mangse Tag aku ni...Jeng!jeng!jeng!

Mrs.K
Ann
Kak Puteri
Kak Faina

Sile la perah otak menjawab yeeee...Lalalalalalala

Rabu, 4 Ogos 2010

Kursus Pengurusan Jenazah





Best betul kursus ni. B4 ni dh banyak kali Unit Latihan kuarkan iklan kursus ni tp x pernah la aku nak apply. Ni aku apply pun sebb Kak Ezan dh bising2 aku x cukup jam kredit kursus aku. Padahal kursus ni dh tutup, terus je call Abang Omar kat Unit Latihan, paksa die masukkan nama aku, terus dapat email tawaran menghadiri kursus. Hahahahahah...x pasal2 je Abang Omar kene stayback aritu, melayan kerenah aku nye pasal.

Apepun, memang dh tertulis agaknye, kursus ni amatlah bermanfaat. Banyak perkara yang sebelum ni kite tak tau n mungkin malas nak ambik tau, akhirnya aku tau juga la serba sedikit. Penceramah semuanya dari JAWI, KL.Macam-macam pengalaman yang dorang ceritakan mase kursus ni. Kat tempat dorang, x panggil jenazah atau mayat tp dorang panggil BODY. Kalau memandikan BODY, dorang panggil MENGGOSOK BODY. Apepun, hanye orang2 yang betul2 kuat semangat je bole buat keje2 mcm ni.

Antara maklumat yang masih KEKAL dalam ingatan aku nih:-

1.Empat perkara dalam menguruskan jenazah: Memandikan, Mengkafankan,Menyembahyangkan dan Mengkebumikan.
2. Perkara pertama bile jenazah baru meninggal dunia: Kene tutupkan matanye mulai dari ubun2.Pastu bersihkan segala kekotoran yang ada pada jenazah, mase ni kene salinkan baju jenazah sebb bile jenazah baru meninggal, die akan mengeluarkan cecair yang berwarna kuning. Kalau x salinkan baju, berbau pulak. Pastu, amik baby oil, urutkan perlahan-lahan pada setiap sendi jenazah, biar lembut n senang nak diuruskan nanti. Kiamkan tangan jenazah. Ikat bawah mulut jenazah supaya mulutnye x ternganga. Letakkan benda sederhana berat contoh mcm gunting diatas perut jenazah supaya x buncit perutnye masuk angin.
3. Masa memandikan jenazah, kite yang idop ni kene sentiasa menjaga aurat si mati. so, kene sentiasa tutup badannya.
Jenazah wanita: 5 helai kain kapan dan jenazah lelaki: 3 helai kain kapan.
4. Barang2 yang diperlukan semasa nak memandikan/mengkafankan jenazah: Kain kafan, kapas, kapur barus, serbuk cendana, air mawar, sabun, cotton bud, minyak atar.
5. Kapur barus, air mawar dan serbuk cendana dibancuhkan sekali dan akan disiram bila jenazah selesai dimandikan dan dh amik air sembahyang. So, nanti jenazah wangilah. Mase ni kalau didapati jenazah ade pakai pewarna kuku/rambut, kene la buat tayammum.
6. Bile dah siap kafan boleh lah disembahyangkan. Ade satu lagi ustazah pesan, kalau nak cium jenazah, boleh je. Kalau kene airmata kat jenazah pun x per, sebb airmata kan suci. Cume jangan meraung2 depan jenazah, yang tu x boleh. lagi satu, kalau suami yang meninggal, isteri bole cium suami. Air sembahyang arwah suami tu x batal pun, cuma sang isteri wuduknye yang batal. Macam tu lah kalau si isteri pulak yang meninggal..bole je cium. Kalau dah tau wudhuk batal, pegilah amik wudhuk semula.
7. Bile nak sembahyang, kedudukan jenazah kaki menghadap kiblat. Kalau jenazah lelaki, kepala nye sebelah kiri Imam. Kalau jenazah perempuan, kepalanya sebelah kanan Imam dan Imam berdiri dibahagian pinggangnye. Tp, perkara ni sunat je.

Cara-cara solat jenazah.

1. Berdiri
2. Niat
3. baca alfatihah
4. selawat
5. bacakan doa untuk jenazah
6. salam

Ok, kalau ade yang aku tertinggal atau tersalah fakta, maafkan lah aku. Aku pun baru belajar tadi n boleh pulak file nye tertinggal? Ada ka patut?

Selasa, 3 Ogos 2010

Otak serabottt!!



Aku x boleh berfikir..so ape maknenye dan ape jadinye bile kite x boleh berfikir?

2 perkara datang selepuk atas kepala aku. Luaran memang aku nampak x kesah tp itulah aku sebenarnya. Kalau sesuatu peristiwa tu menyentuh hati aku, aku memang susah nak lupe n susah nak buang jauh-jauh.

5 tahun aku pendam,bukan sesuatu yang mudah pada aku...

Isnin, 2 Ogos 2010

Ealy Engagement- 1 Aug 2010





Nama Yang Nak Pegi Meminang: Fazlie Kamaruzaman
Nama Yang Bakal Di Pinang: Norazlina
Lokasi: Jalan 6A, BBB
Tarikh: 1 August 2010 (Ahad)

Finally, die sudah bertunang n Insyallah thn depan Kenduri BOSA.

BEsday Ibu- 60 yrs






31 July 2010- Besday Ibu yang ke 60 thn. Bagi yang x tau, Ibu ni Makcik aku yang no.3 iaitu adik Mama. So, last Saturday, Debab beli kek n pakat ramai2 celebrate besday Ibu kat umah Mami. almaklumlah, ramai yang ade kat umah mami kan sebb sesi lepaking n seboking sempena Ealy nak bertunang esoknya.

So, layan the gambar. Blueberry cheese cake, sangat sedap bgi aku yang 1st time rase.