Halaman

Selasa, 11 Mac 2014

Doakan untuk MH370

MH370

Ishhh!! awak ni, jgn main2 lah. Penat tau cr awak...kat mane awak ye? lame dh awak menghilangkan diri. awak x rindu nak balik ke tanah air kite ke? baliklah, saye janji PM x marah pun awak, janji awak landing dengan semua kru dan penumpang yang sihat dan selamat. Oppss..mungkin demam skit atau selsema. Dan semestinya lapar dan dahaga kan?

MH370

agak-agaknye sekarang ni, awak kat udara ke? lautan ke? daratan? kalau awak di udara, ade banyak minyak lagi ke? atau awak ade bwk spare minyak? nape x landing? awak x nampak arah dan koordinat ke? kalau awak di lautan...saya harap semua kru dan penumpang pakai life jacket dan berenang ke daratan. Agaknya awak ade di daratan sebelah mane ye? Kalau awak ade kat daratan yang terpencil, jangan berpisah tau..biar berkumpulan. Kalau awak semua x penat dan x sakit, cuba slow2 jalan skit, mane tau terjumpa kampung2 Orang Asli ke? Maybe mereka boleh membantu awak balik.

MH370

tapi sebenarnya, saya x de waris pun dalam pesawat tu, malah x de yang saye kenal pun. Cuma saya x tau kenapa saya risaukan awak. Malah seluruh dunia risaukan awak. Tiada sebarang petunjuk pun yang awak tinggalkan. Awak tau tak..seluruh dunia dah buat Solat Hajat untuk awak kembali pulang..x yahla pegi jauh2 ye MH370. Sian kami rakyat Malaysia dan terutamanya family kru dan penumpang MH370 tertunggu2 dan tertanya2. Awak x kesiankan kami ke?

MH370

Buat mase ni, Allah suruh seluruh rakyat di dunia berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan awak MH370. Allah belum mahu nak mempertemukan awak dengan kami semua. Maybe akan tiba masenya, Allah akan kasihan melihat kerinduan dan kesedihan seluruh rakyat di dunia, mase itulah, Allah akan mempertemukan kita semula. Cuma, dengan cara ape, bagaimana, bile, kite semua x tau. Bila tiba masenya..akan terjawab semuanya. Tetapi Ya Allah, jangan lah biar kami tunggu lama2 ye Allah..kami tau kami banyak buat silap dan kami mengaku dan berjanji akan terus memperbaiki..

MH370, sebelum Allah perkenan doa kami, jaga diri baik2 tau, jangan berpecah...dan percayalah, kami semua x putus2 mendoakan untuk awak tau!!

APABILA ILMU SAINS TERHENTI, DISITU KEKUASAAN ALLAH MENGAMBIL ALIH SEPENUHNYA...

1 ulasan:

Norma NML berkata...

sedihkan...even kita tak terlibat secara langsung tapi faham apa yg family dorang rasakan..semoga MH370 ditemui soon..