Halaman

Jumaat, 7 Februari 2014

HCM 3

Hari kedua kami di Saigon. Pagi tu breakfast kat sebuah kedai makan tepi jalan, aku lupe name jugak..heheheh. Ni antara menu yang ade. Mcm kat Msia, nasi lemak, yang ni nasi daging. 




Roti kebab daging ni memang sedap. Rangup daging die..memang terbaikk!! Yang lain sume jeles tgk roti aku, sbb dorang order nasi daging. Hahahaha...Kat Saigon ni, kopi susu die memang TERBAIKKK!! Kalah starbucks, gloria x pun kopitiam!!

Destinasi seterusnye, ke tempat bekas perang tentera Saigon. Amik gambar kt pokok nangka ni sebab Along kate tempat wajib amik gambar kat sini. Iyeeeeee keeee? Aku tgk, kitorg je yang jakun tgk buah nangka ni jeee!! Puiiiiiiiiii!!


Ade taklimat skit pasal  terowong sebelum pegi tgk terowong yang ade kat situ.

Contoh pintu terowong. Patutla orang2 Saigon ni comel2..

Ni mcm panduan kite imaginekan mcm mane tentera ni korek tanah untuk buat terowong. Siap ade lubang asap n angin. Ade swim pool lagi kat bawah sekali. Kreatif kan dorang?



Ni salah satu perangkap yang dorang buat.



Lubang nak masuk ke terowong, sume bole try!





Makcik aku ni over eksaited, orang masuk die pun nk masuk. Sekali masuk, susah nk kuar, memula kitorang gelakkan je. Masuk time aku ngan kazen tolong tarik die kua pun x bole gak..memang dh cuak!! Nak x nak, mintak abang Saigon tu tolong tarik. Sekali tarikk je br lepas!! hadoiiii!! kene bebel ngan Mama. hahahaha



 Yang ni bukan lubang nk masuk terowong ye, ni lubang agin.



Yang ni pulak lubang asap. 






Area sini, dorang letak pelbagai jenis perangkap.




Kat sini lapang sasar nak menembak! Aku lupe brape dong tp kitorang berempat dapat sorang 3 butir peluru so 3 kali try raselah menembak.


Memang gile kuat bunyi senapang kat sini. Siap dibagi penutup telinga memasing. 






Dah lepas menembak, round2 kat area situ, ade orang tengah promo cara2 buat kulit popia secara manual.


Yang ini pulak, dorang buat sandal tentera Saigon. Nak beli buat pakai pun bole, nak beli wat perhiasan pun bole. Die buat dari sekecik2nye size...sampai la ke size bagak pun die boleh buat.


Pastu kitorang jalan2 masuk terowong. Masuk terowong kene merangkak. Sesapa yang sakit asma kronik, dinasihatkan jangan masuk. Walaupun masuk dalam tu hanya 20 saat, pd yang x tahan, maybe boleh pening.











Dah selamat tawaf terowong, dorang jamu kitorang makan ubi rebus cicah kacang tumbuk dan green tea panas.



Lunch kitorang, ikan asam pedas.

Telor asin



Dessert ni sedap, rase air durian, dlm die ade nangka n mcm2 buah2 tempatan. TERBAIKK!!

Tiada ulasan: