Halaman

Jumaat, 7 Februari 2014

HCM 4

Ok, jom ke Cho Binh Tay atau orang Champa panggil, China Town. Tempat ni lebih kurang mcm kat Ben Thanh tp kat sini lagi crowded!!! Then, dorang kate lagi murah!!! Aku x beli ape pun kat sini sebab x suke suasana crowded tu. Dahlah peniaga tu garang2! Kalo kite nk beli kat kedai die, duduk je kat kerusi yang dorang sediakan. Jangan ko pandai2 nk menebeng kat kerusi kedai sebelah, memang ko kene hambat lah! Dasat betul!



Keadaan depan Chinatown. Gila havoc! Plus, jem gile kt depan ni.


Agen kitorang dh sound siap2, kat sini ramai pencopet!

Kitorang sejam kat sini, pastu ke Rong Vang, nak tgk water puppet pulak. 


Suasana dalam dewan nak tgk water puppet. Kitorang amik kerusi VIP, dok depan sekalai. Tp, kerusi VIP die, kerusi rotan..hahahah..yang x VIP elok je kerusi kusyen. Apahal dahhh!!

Water Puppet ni mcm wayang kulit tapi dorang main dalam air guna anak patung macam2 bentuk. Pastu kat tepi pentas, ade lah tukang karut die sambil main alat muzik, nyanyi dan berdialog. Kitorang mane la paham bahasa dorang kan, tp disebabkan guna patung2 tu, pahamlah serba sikit.












Memang kreatif dorang ni. Nanti diakhir cerita, akan keluarlah pemain2 patung sebalik tabir hijau tu. Sian dorang...sejuk kot air tu!! Tapi, memang terbaiklaaa!!

Ni bergambar kat depan pintu masuk  Rong Vang. Belum malam lagi, baru pukul 6 ptg mase ni, tp kat sane, waktu malam die cepat.




Tiada ulasan: