Halaman

Jumaat, 30 Julai 2010

Aku takkan bersuara....



Lagu ni agak sesuai aku tujukan khas untuk kau....

Hanya Dia yang Maha Mengetahui......

Ironinya, aku nampak tenang dan tabah di hadapan cermin tp disebalik cermin, aku adalah insan yang paling lemah dan uzur....

Zahirnya, aku x mintak ini semua berlaku tp aku ni juga manusia biase punya hati dan perasaan. Aku bukan boneka atau aku bukan sekadar di pinggiran....

Tapi, andaikata semua ini sudah tertulis dalam hidup aku, aku redha tp dalam aku redha, aku tegar mencari kepastian dan jawapan kenapa ini semua harus berlaku?

Asam garam dalam kehidupan, aku ngerti dan kau juga ngerti. Tapi, izinkan aku melarikan diri buat seketika supaya aku dapat menikmati idup ini dengan lebih bererti.5 tahun bukan lagi amukan atau omongan kosong yang harus aku lakukan lagi. Kali ini aku tunduk mengalah kerana aku tau aku x bisa menyelami semua ini lagi.

Keputusan yang aku pilih dan juga telah aku laksanakan,masih belum lagi membuatkan hati aku lapang kerana aku tahu semua ini tidak berkesudahan...

Andainya kau mengerti sepertimana aku telah sedaya upaya mencitrakan cinta ini kepada kau, aku percaya kau tak mampu melakukan sepertimana aku lakukan.....

Selasa, 27 Julai 2010

Rahsia Di Sebalik Pengertian Surah Yassin

Ø Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ø Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ø Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal . Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Ø Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba

Ø Tiupan ke-dua – Hancur

Ø Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.

Ø Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ø Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ø Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

1. Selepas sembahyang subuh

2. 3 pagi Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 – Yassin baca 7x

4. Ayat 38 – 12x

5. Ayat 58 – 7x

6. Ayat 82 – 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.

9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.


Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Ø Yasin is the jantung of Al-Quran

Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

o Child is sick

o Feeling troubled.

o Memudahkan urusan

o Memudahkan perjalanan

o As selusoh (to ease pain when giving birth)

Ø Read Yasin (3x) over water

Ø Read 3 Qul (three times each)

Ø Fatihah

Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)

Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 – “Waja’alna… .”

Ø Lindungi rumah dari pencuri – baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..

Ø Lindungi diri dari dianiaya

Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ø Baca Ayat 9

Ø Fatihah

Ø Read 3 Qul (three times each)

Ø Ayat Kursi

Ayat 29 – “In kanat illa… .”

Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 – “subhanallazi..”

Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari

Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 – “Salamun… “

Ø Jika sakit anggota

Ø Tak tenang hati

Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 – “Falayahzun..”

Ø Bila rasa sedih

Ø Untuk menenangkan hati

Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya… “

Ø Tulang patah

Ø Sakit sendi

Ø Sakit lutut

Ayat 82 – “Innama amruhu..”

Ø Jika mandul

Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method

o Sembahyang tahjud

o Sembahyang hajat

o Doa minta hajat

o Baca ayat 100 x dengan yakin

o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)

o Seperti di atas

o Bila baca ayat, tiup dalam air

o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain

o Doa sambil minum

o Untuk 41 pagi

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamalaa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

Ø Ilmu Pertanian

Ø Ilmu Falak

Ø Ilmu Laut

Ø Ilmu Kiamat

Ø Ilmu Ciptaan Manusia

Ø Ilmu Binatang

Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.

***** sekadar informasi *******

Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton – Elok untuk kulit

Ø Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga)

Ø Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.

Ø Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak

Isnin, 26 Julai 2010

Kelebihan Bulan Syaaban...

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.


Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu

Ole-Ole...



Magnet dari Pulau Pangkor from my lovely Mami aka Nekmi. Sotong paul ni sangat la cantik n kreatif n ade sikit NGERIII!!!! hahahahahahah...goyang2 Inul pulak sotong ni....Anyway, thanks Mami n Aten yang selalu x lupe ole-ole untuk aiii dan penyokong setia ai sebagai Pengumpul Fridge Magnet TEGAR!!




yang ni pulak, dari Aten. thanks to Faten aka Amoi! Belikan fridge magnet dari Australia. Walaupun aku dh banyak magnet dari Australia tp alhamdulilah x dapat yang same pun. Yang ni kiut kan?


Love both of uuuuuuu......muahhhhssss!!!!

Ayah Mr. Rin x sihat...




Sian ayah. X sihat la pulak die. Demamnye dah lame tp tetiba pulak tekanan darahnye rendah pulak. Sebelum ni, ulang alik hospital je check darah n masuk 2 bag air. Doc dh suruh masuk ward tp ayah x nak, yelah...boring kan duk ward..sapela yang suke kan? Ari sabtu ari tu, lepas aku balik dr reunion, terus dapat call yang ayah masuk ward kat Az-Zahrah.

Ayah ni sihat je nampaknya tp tekanan darah rendah, atleast..doc suspect ayah kene denggi. Tetiba, ari ahad malam, ayah dh boleh discharged? Huhuhuuu....mcm tu je? Biar betul doc ni? Apepun, aku bersyukur die dah sihat.

Reunion Student Ex-SMT 95








Acara: Reunion Students Ex-SMT 95
Tarikh: 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 12.30 tghari - 5.00 petang
Tempat: Klana Resorts, Seremban

15 tahun dh berlalu zaman persekolahan. Lama betul. Actually, credit to Zaulin, Tuty and Sakuan kerana dorang dh bertungkus-lumus supaya majlis ni berjalan lancar. Walaupun ramai yang bgtau akan hadir tp yang was-was hadir (heheheh..aku la tu!) pulak yang heboh datang...huhuuu..Tuty terkejut tgk aku datang.

Anyway, inilah kawan-kawan yang dah lama x jumpa. Masing-masing dh berjaya dan ade family sendiri walaupun dalam majlis ni masing2 perasan BUJANG!!!heheheheheheh...
Rindu kat semua kawan-kawan, Zaulin, Lela, Kartini, Raimi, Sakuan, Fendy, Suhaimi, Amirrullah, Nazrul, Tuty. Dengar2nya, pas ni dorang nak buat Majlis Buka Puasa pulak, kan Bulan Ramadhan nak tiba tp kali ni area KL la pulak. Aiseh, pas ni si Nazrul kene jadi driver aku lah..heheheheheh fail la jalan KL.

Apepun..sangat berbaloi bila dapat menghadirkan diri. Macam2 cite yang dikongsi, gelak tawa tetiba nostalgia zaman sekolah dirungkai semula. Sangat manis untuk dikenang....

Aktiviti berakhir dengan melawat Marhana kat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Dh sebulan dia dok kat spital tu...keshiannnn....ape nak buat, dh sakit kan? hahahahahahhaaa

Khamis, 22 Julai 2010

Lumrah hidup...

Kalau dalam hati ada taman, dan taman itu penuh dengan bunga yang berwarna-warni serta wangi berseri, aku percaya tidak akan berlaku benda yang tidak sepatutnya berlaku. Juga aku percaya, segala dalam hidup ini semuanya INDAH belaka....

Kalau dalam hati ada neraka, dan neraka itu penuh dengan api hasutan, titipan rasa kedengkian, lahar kebusukan hati, aku percaya inilah yang berlaku. Api-api hasutan, kedengkian, kebusukan sedikit demi sedikit memamah diri kita tanpa kita sedar menjadi darah daging kita dan disebaliknya Sang Iblis mengekek-ngekek mentertawakan kita???

Bukan dunia sudah akhir zaman tetapi MANUSIA yang sudah hilang kawalan kerana BINATANG juga tahu menilai mana yang baik atau buruk. Kita ada dan boleh buat pilihan cuma kita hanya perlu menentukannya.

Bajet utk umah

Ok, kali ni entry pasal rumah.

Last Monday, me n Mr. Rin cuti. Konon2 sakit lutut la sbb baru lepas family day. Heheheheh...tp, Mr. Rin mmg demam tau.

Actually, kitorang dah janji ngan Apit untuk uko grill. Dalam pukul 11 lebih, kitorang gerak ke Nilai. Mr. Rin demam so mood die kurang enak pagi tu, ngan budak2 lagi. Kalau x bawak budak2, x best.

So, sampai kat Nilai, kitorang g sarapan dulu. Si Kimi nak makan maggi sup pulak..(kat umah pejam mate je masak maggi ni!) Yang dhia pulak, nak makan tosai. Die sorang je tau pulun, mami die x rase punn... sabau je la haiii!!

Lepas sarapan, terus gerak ke umah nilai sbb Apit pun dh sampai ngan kawan die yang nak uko tu. Dalam sejam, selesai dah bab mengukur. Kitorang amik yang grill metal biasa je, x denya wrought iron. Apit ade bagi catalog spesis wrought iron, metal n stainless steel. Berpinar-pinar mate aku nengok contoh2 wrought iron ni. Mate aku target sume cantik tp duit aku je x cantek. Pastu, Apit cakap kalau amik grill yang metal biase je, bole cat mcm wrought iron jugak. Tp kan, memang x de yang berkenan wrought iron ni sbb sume cantik. Almaklumla, sarat barat ngan bunga-bungaan. Aku ni simple je orang nye dah rumah pun seharusnyala simple la jugak kan? (Huhuhhuhuh..ayat2 orang xdo duit yang bona eeeee!!)

Dalam kepala otak aku, dh berkira-kira nak beli kipas, aircond n lampu. Terpk jugak nak buat plaster ceiling yang paling simple sbb aku nak buat downlight. So senang aku xperlu pilih2 lampu. Aku ni bukan reti nak memilih, kang ntah ape2 lampu aku pilih kang!naya jer...Bukan tu je aku pk, aku ade pk jugak nak naikkan tembok kat porch aku kiri kanan ni, sbb jiran sebelah kiri aku ni, nampaknye ade bela kucing. Owhhhhhh...tidak la aku berkenannnnn...Bau die satu hal, buatnye die berak merata-rata kan? Adoi haiiii!!!

Kitchen kabinet? Apit cakap dengan keluasan dapo aku tu, lebih kurang 8 ghibuuuuu!!! Mak oiiiiii!!! tercicir spende makkkk!Kang kalau x buat, mane pulak nak letak barang2 yang melambak tu? Pastu, aku pulak mengada-ngada nak extend skit kat bhgn belakang. sebb aku nak letak mesin basuh kat belah belakang. Kalau letak kat dapo, sempit la skit. Jamban aku ni dh la besar, kang bersengol-senggol pulak, payah!

Selasa, 20 Julai 2010

Family Day Waris Abd. Wahab 3rd Reunion!!!!















Hmmm..inilah hasilnya dan inilah kegembiraan dan kebahagiaan yang telah Allah kurniaankan kepada semua Waris Abd. Wahab. Raut wajah masing2 menggambarkan betapa majlis sebegini sememangnya merapatkan lagi kasih sayang yang sedia erat.

Berbulan lamenye, Along Ita selaku coordinator bergerak untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Dengan sokongan2 oleh sepupu sepapat yang lain, ternyata family day kali ini memang MAHA DAHSYAT KEGEMBIRAAN DAN KEGEMILANGANNYA!!

Segala-galanya indah dan sukar dilupakan saat-saat ini. HAnya Allah yang Maha Mengetahui, betapa gembiranya dihati masing-masing bila berada dikelompok ini.

Insyaallah, tahun depan kalau umo panjang, pastinya akan ada lagi majlis sebegini cuma dinakhodai oleh orang lain pulak.

Tak dapat nak tulis panjang lebar, sbb gambar2 di atas dah pun memberitahu kita semua apa yang berlaku......sangat hebat!!

Sabtu, 17 Julai 2010

Terima kasihhh...kau dan die...

Awal pagi arini Allah dah memberi ujian kepada aku. Sebelum tu, aku berkobar-kobar sebab arini Family Day Waris Abd. Wahab yang ketiga kat PD. Mane x teruja nye,dah lama tergendala plan nak buat ni sejak arwah ayah alang meninggal dunia.

Aku x sangka selama ini ade orang berkecil ati, berdendam dan anggap aku bukan2? Apa yang menyedihkan aku selama berborak dalam FB, x ade ape pun yang berlaku? Katenya perkara yang membuatkan die satu family bengang kat aku, dh lame die tau. Siap die buat status dalm FB, rupenye2 status tu ditujukan kat aku? ape yang menghairankan aku, aku reply post tu seperti biase sbb aku x tau pada siapa die tujukan post tu.Tp, bole pulak die reply jugak comment aku mcm x de ape2? Apekah ini?

Pada prinsip aku, kalau kau x suke seseorang tu, buat ape bermuka-muka nak tunjuk macam x de ape2? Aku bukanlah macam lah orang lain yg x boleh nak terima segala kritikan, teguran. Kalau die rase aku dah buat salah, kenapa die tak cakap sendiri ngan aku? Kenapa perlu buat macam x de ape2? Tup2! dapat message pagi2 melepaskan amarahnya? Memang die cakap kat aku die x marahkan aku sebb die rase aku terpengaruh tp kalau baca balik status die dalam FB, die sangat marah sehingga sampai ati die menggelarkan aku sebegitu rupa?

Aku juga ada hati dan perasaan. Dan aku bukanla jenis melenting x tentu pasal. Kadangkala aku x tau pun, ape yang aku buat tu mengguriskan hati dan perasaan die sefamily. Manelah aku tau ape yang berlaku dalam family die selama ini? Atau die memang mark yang aku ni tau je ssegala cerita family dorang? Apekah aku x de keje lain?

Terima kasih kepada yang seorang lagi kerana menemukan aku dgn ayah kandung aku walaupun memang aku x hingin. Terima kasih juga kerana sepanjang aku kat umah arwah ayah aku, die ade datang melawat.Kali pertama die datang umah dan kali kedua die datang kat kilang tempat keje aku, bawak aku g jalan kat Plaza Angsana. Belikan aku baju, kalo x silap aku lah.

Anyway, terima kasih atas ape yang diberikan. Aku x sengaja tp janganlah semudah itu aku dicop sebegitu rupa?

Khamis, 15 Julai 2010

Bila gurauan menjadi kebencian

Gurauan?

Ada banyak maksud atau erti gurauan. Gurauan kasar, gurauan bodoh, gurauan sinis, gurauan perli atau sememangnya gurauan semata-mata. Terpulanglah kepada individu itu sendiri nak menerima dan mentafsirkan sendiri ape itu gurauan.

Tapi, ape yang berlaku kebelakangan ini, adalah jawapan kepada sebuah gurauan yang selama ini dianggap enteng oleh sang "penggurauan". Akhirnya, gurauan yang selama ini tidak ada apa-apa kini menjadi perbalahan yang tidak berpenghujung lantas mengaitkan dengan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan langsung. Segala luar dan dalam, segala lubang besar dan kecil semuanya kini dikaup keluar satu persatu tanpa memikirkan lagi tali silaturrahim yang telah terjalin erat sebelum ini. Masing-masing tidak memikirkan lagi kenangan-kenangan yang pernah terjalin indah sebelum ini. Sebaliknya, hanya perasaan marah, dendam kesumat, sedih, terasa hati kini menghantui di dalam hati.

Fenomena sebegini lah yang sebenarnya penyebab kepada keruntuhan atau kelonggaran sesebuah perhubungan kekeluargaan dan persahabatan. Apa yang dikesalkan, gurauan yang sebelum ini dianggap 'gurauan' telah menjadi nanah didalam diri seseorang kerana gurauan itu acapkali disuarakan sehingga sang penerima memendam perasaan. Bermula la kisah,ah..itu gurau je lah, takkan tak boleh? Tapi, andai kata perkara yang sama berlaku kepada sang penggurauan, ape pula yang berlaku? Kadang-kala bile sang penggurauan terlalu asyik dengan gurauan, dia lupa pada maruah dan perasaan seseorang. Dan ini lah berlaku...bila hati dan perasaan seseorang terguris.

Masing-masing mula menegakkan keadilan untuk mempertahankan bahawa selama ini bahan itu hanyalah gurauan. Kenapa tidak dititikkan sahaja gurauan itu dalam masa yang singkat? Kenapa memerlukan masa yang panjang untuk dikomakan gurauan itu sehingga terlibatnya sang TANDA SERU atau TANDA SOAL lantas berlakunya perkara yang menyentap hati masing-masing?

Selasa, 13 Julai 2010

Tshirt Family Day!!!Gotchaaaa!!




Wachaaaaa!!! Ini la die Tshirt sempena Family Day Waris Hj. Abdul Wahab yang ke-3. Kaler sangatla menyerlah seperti menyerlah dan bertenaganya semangat kami nanti. Hahahahahahah....belum sampai masenye lagi, suasana happening sudahlah terasa!!
Anyway, suasana b4 Family Day ini agak panas dan sedikit tertekan...tp biarlah Allah yang menyusun ape yang akan berlaku seterusnya....harap2 selepas ini ikatan kekeluargaan akan bertambah erat.

Credit to Bangngah Nizam kerana telah berhempas pulas meng'design kan tshirt ni n meng'orderkan skali tshirt ni. Mabeles bangngah!!!! Well Done!!!!

Dearest My Lovely Mak Uda...




Thanks to visit my blog!! Anyway, saya terharu bile makcik saya sempat meluangkan mase utk singgah ke blog ini.

Sesungguhnye, saya amat menyayangi semua ahli keluarga saya, mak-mak dan pak-pak sedara yang seadik-beradik ngan mama saya, sepupu sepapat saya n anak2 buah saya. Tetapi, saya sangat menyayangi Makcik Ipar (sepatutnya dalam adat Melayu)saya yang seorang ni. SEBAB??? Saya mengagumi die sebb segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya amatla berguna kepada saya dalam menepis dugaan di alam rumahtangga. Dan yang lebih penting, dalam memberikan nasihat kepada saya, DIE tidak ade sikap hanya menyebelahi saya saje. Kalau saya SALAH, die tetap akan kate saya SALAH dan begitulah sebaliknya.

Oleh sebab itu, dalam kamus idop saya die bukanla Makcik Ipar saya tetapi Mama KEDUA saya selepas MAMA KANDUNG saya.

To makuda, terima kasih kerana selama ini mak uda menjadi MENTOR dalam idop saya. Insyallah, saya tidak akan lupekan jasa baik mak uda sampai mati.

Isnin, 12 Julai 2010

Hari bz sedunia...huahuahuahua

Haish!!! Gile betol la arini. Patotnye ada taklimat program ari ni tp ramai student Tahun 1 x tau. Gile babeng betollah. X cukup kain aku pagi tadi, menguruskan taklimat ni. Program lain, ade nampakla studentnye kecuali Program Mikrobiologi, x ramai yg datang daripada 41 orang. dh satu hal Mak Datin kene tukar mase taklimat dari jam 9 pagi ke jam 10 pagi. satu hal, setel. Bab makan utk student pulak pun satu hal. Makanan utk Student BSBT dh disapu oleh Student SSSA. Alahai, yang tukang orde pun buat x kisah, bile aku dh sound baru nak bergerak...mmmm...payahlah mcm ni. Nasib ade rezeki lagi utk budak2 ni.

Naik opis plak,dengan budak2 baru n lame pulak. Adoiii...ngan jadual clash lagi, ngan masalah x leh nak daftar course lagi. student lame baru teringat nak mendaftar lah, mcm2. Esok ade exam ulangan utk budak2 nak grad bulan Ogos nanti. Naseb baek ade Lab Asst, nk tolong jaga. Esok juga ade Officer daripada Jabatan Pendaftar nak dtg check failing kat opis. Mampossss!!!! Mase student coti, x mo pulak die datang. HaishhHHH!!!!

Dahla esok, mama ade appointment pulak. kene lah Rin coti jaga budak2 ni. Si Kimi x sihat, esok ponteng lagi la gayanye.Alamak!!!! Lupe plak nak send list budak2 Biotek. Pengurusan ke FEP.....Adoiiiii!!! Template kedatangan pun x sempat siap sbb tadi line macam syialllll!!!!

Jumaat, 9 Julai 2010

Entry Merepek...

Huhuhuhu..nak tgk tv, x boleh. Remote dh dipegang dek budak2 ni. Laki aku pulak, pe angin ntah, pegi cabot rumpot pulak memalam ni.Haii...ape nk buat? Kua masuk kat FB, pas tu blogwalking pulak, pun x abih boring.

Esok dh ari Sabtu, dalam kepala ligat memikirkan nak bekpes ape esok? nak masak ape? adoiii!!!Sure esok xleh nak rest ngan aman sbb jiran baru kat sebelah ni tengah berhempas pulas renovate umah. Mmmmm...mane nak lari?

This week, ade sesuatu yang buat aku tersentap pun ade, kecewa pun ade. Sejak aku keje ni, aku x penah ade kawan karib sumenye kawan2 biasa jer. Tapi, sumenya aku layan sama rate.Bukan aku nye perasan mcm aku sorang je keje best tp ade segelintir kengkawan kt sini rase diri dorang mcm bagos.

Senang je idop dorang, ade kawan baik tp bile dh x sebulu, datang mengadu kat kite, mengumpat macam2 tp bile dh elok, kawan yang die terhegeh2 dulu, pandang pun dh x hingin? Aku pelik lah golongan mannusia mcm ni. Kalo nak berkawan ade kroni2. Kalo ko lebih sikit, bergaya mantap...abihlah..dari atas sampai bawah pandang mcm nak makan. Pastu jumpe kat mane2 x bertego sape? Elloo?

Masing2 nak tunjuk hebat!!mmmm...x pelah, gasak ko lah, aku x kesah pun,

Ni lagi satu situasi, Boss aku memang gile babeng ok! Semua benda nak dimeeting, sume keje nak diminit? apekehal? Tp pelaksanaan? zeroooo!!!Cakap mulot memang manis!Sume orang x leh x tanding....tp sume tu untuk kepentingan diri die sendiri bukan untuk kakitangan bawahan die. KULI BATAK OKAY!!!

Aku memang stress keje bawah die ni. Stress nak mampos tp aku kaber baek punye. Aku senang jer, kalo aku rase ape yang aku buat tu betul bersiap ngan fakta, memang aku pertahankan tp kalo betul aku salah, aku minta maaf tp pada orang yang boleh terima maaf jer lah. Kalo die bengang ngan aku, aku pun dopolohribu kali bengang ngan die.

Hmmm...sampai bila aku bole bertahan, aku x tau lah. Setakat aku bole follow, aku follow, kalo x...pegi mamposss!!!

Ocaay selesai dh entry merepek aku.

Bukak cite lain pulak.

Next week, ade family day utk semua sedara mara aku kat Tanjung Tuan PD. Tempat kurang la enak sebab swimming pool die kene pakai swimsuit. Sabau jelah....
Pastu, aku kene order kek 2 kg utk aku sponsor sepupu sepapat n mak pak sedara yang sambut besday bulan Julai ni. Itu jelah, aku sponsor, x reti dh nak sponsor ape. Eh? Mane nak orde kek ek?

2 minggu lagi, aku ade Reunion Ex-SMT kat Klana Resort Seremban. Aku mungkin akan hadir tp aku x confirm lagi. Haishhhh!!!!Lame x jumpe kawan skolah, mesti meriah kot? Kat FB memasing bukan main lagi. ari tu Arshad boya kol aku. Hahahahahah...Ahli politik bahagian Tampin dh die nih. Caya lah boya!!!

Ok done 4 today, good nite!!

Khamis, 8 Julai 2010


mahhhaiiiii!aku kene pakse wei amik award dr budak
Cenor ni...anyway, mekasih la yerr sbb bg 1st award utk blog aku niii...ok, jom jawab soklannnnn.....

1.Apa nama blog dan knape letak name tu?

Blog Mummykd-Life is Beautiful, Laugh when u can, Cry when u must..nape letak name ni? KD tu combine name anak aku Kimi and Dhia. Kalo dapat anak sorang lagi, aku ubah lagi...hehehehe

2. Jelaskan knape bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?

http://kdmummy.blogspot.com mmm...macam mane ek? ntah? aku pun lupe mane aku dapat idea ni...belasah je lahh..

3. Bila blog anda mula beroperasi?

Oktober 2008..

4. Siapa follower pertama anda?

Hmmm...rsanya Mrs.K
klu slah jgn mrah ha... ;)

5. Ucapan kpd si pemberi award
tQ, tQ, tQ 2Cenor
jgn lupa tag aku lg ek...hehe....luv u more & more darling... ;)

6. Tag 9 org yg anda rsa patut terima award ni. :)

tis award goes 2;

Mrs.K
Kak Puteri
Ann
Ed Ler
Kak Faina

dan semua Follower saya...ceh! macam ramai je followerrrr...

Khamis, 1 Julai 2010

Selamat Malam n Esok dah Jumaat...yahooo

Ngantuk sudahhhhh....

aimarrrr, adikkkk!!! jom amik toto n bantal. kite berlanding-landing depan tv ni b4 lelap. Good nite sume! Good nite Papa, Good nite Nekma, Good Nite Atok! See u...


esok dh Jumaat!! Yahooo!!! coti lagi....ape nak buat ek selain nak menyelesaikan misi membasuh baju yang berbakul2 tu...


Entry Lunch...

Lunch ari ni sudah semestinye dgn adik ipar ku.. Yuhanis. (Abaikan budak itam tu ek.)
Actually, x tau nak lunch kat mane sbb plan last minit kan. So, we ols terjah je kat Old Town je.

Rose float!!! Sodapppppppp....
Tekak aku arini teringin nak makan mee curry. Memang lapa sbb dari pagi x makan.
Anis orde Rootbeer Float.
Mee Udang, feberet si Anis. Kalo pegi OTWC, mesti die order ni, kalo ngan aku ler. Kalo die kuar ngan org lain, x tau....heheheheheh..
Sekian, entry makan.