Kalau dalam hati ada taman, dan taman itu penuh dengan bunga yang berwarna-warni serta wangi berseri, aku percaya tidak akan berlaku benda yang tidak sepatutnya berlaku. Juga aku percaya, segala dalam hidup ini semuanya INDAH belaka....
Kalau dalam hati ada neraka, dan neraka itu penuh dengan api hasutan, titipan rasa kedengkian, lahar kebusukan hati, aku percaya inilah yang berlaku. Api-api hasutan, kedengkian, kebusukan sedikit demi sedikit memamah diri kita tanpa kita sedar menjadi darah daging kita dan disebaliknya Sang Iblis mengekek-ngekek mentertawakan kita???
Bukan dunia sudah akhir zaman tetapi MANUSIA yang sudah hilang kawalan kerana BINATANG juga tahu menilai mana yang baik atau buruk. Kita ada dan boleh buat pilihan cuma kita hanya perlu menentukannya.
Bila jadi diri sendiri, apa yang kita buat, konsisten
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan