Gurauan?
Ada banyak maksud atau erti gurauan. Gurauan kasar, gurauan bodoh, gurauan sinis, gurauan perli atau sememangnya gurauan semata-mata. Terpulanglah kepada individu itu sendiri nak menerima dan mentafsirkan sendiri ape itu gurauan.
Tapi, ape yang berlaku kebelakangan ini, adalah jawapan kepada sebuah gurauan yang selama ini dianggap enteng oleh sang "penggurauan". Akhirnya, gurauan yang selama ini tidak ada apa-apa kini menjadi perbalahan yang tidak berpenghujung lantas mengaitkan dengan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan langsung. Segala luar dan dalam, segala lubang besar dan kecil semuanya kini dikaup keluar satu persatu tanpa memikirkan lagi tali silaturrahim yang telah terjalin erat sebelum ini. Masing-masing tidak memikirkan lagi kenangan-kenangan yang pernah terjalin indah sebelum ini. Sebaliknya, hanya perasaan marah, dendam kesumat, sedih, terasa hati kini menghantui di dalam hati.
Fenomena sebegini lah yang sebenarnya penyebab kepada keruntuhan atau kelonggaran sesebuah perhubungan kekeluargaan dan persahabatan. Apa yang dikesalkan, gurauan yang sebelum ini dianggap 'gurauan' telah menjadi nanah didalam diri seseorang kerana gurauan itu acapkali disuarakan sehingga sang penerima memendam perasaan. Bermula la kisah,ah..itu gurau je lah, takkan tak boleh? Tapi, andai kata perkara yang sama berlaku kepada sang penggurauan, ape pula yang berlaku? Kadang-kala bile sang penggurauan terlalu asyik dengan gurauan, dia lupa pada maruah dan perasaan seseorang. Dan ini lah berlaku...bila hati dan perasaan seseorang terguris.
Masing-masing mula menegakkan keadilan untuk mempertahankan bahawa selama ini bahan itu hanyalah gurauan. Kenapa tidak dititikkan sahaja gurauan itu dalam masa yang singkat? Kenapa memerlukan masa yang panjang untuk dikomakan gurauan itu sehingga terlibatnya sang TANDA SERU atau TANDA SOAL lantas berlakunya perkara yang menyentap hati masing-masing?
Bila jadi diri sendiri, apa yang kita buat, konsisten
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan