Halaman

Isnin, 19 April 2010

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah.

Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.

Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Selasa, 30 Mac 2010

Sape bole tolong? Tolong lah saye...

Dh byk kali cuba add kan nufnang kat blog. x lepas2. memang sah aku ni bengonggg!!!
Nak tukar blog jadi 3 column pun x lopeh2...ape lah nasib.

Hajat dihati, nak berkecimpung dengan jayanya dalam menghasilkan blog sendiri...tp apekan daya..nak tukar template pun x lepas2 lagi...

Sape boleh tolong? Add kan nufnang, buat header baru, tukar template, tukar 3 colum blog aku ni? Kalo kene bayar pun, aku sanggup. masalahnye, aku x tau sape boleh tolong. setakat ni ramai member blog bagi idea suruh bukak itu ini tp bab nak masukkan coding, memang aku fail!!!!

Any idea? Sape la kesian kat saya ini? Heheheheh.....punye la teruk kan? sampai mintak tolong bagai....

Jumaat, 19 Mac 2010

Utang lagi..


Selamat beralih ke tuan yang baru. Pandai2lah ko nak panjang nyawa....sepanjang ngan aku, ko byk menyusahkan je. Kitorang ni punyelah sayang gile kat ko sampai 6 thn simpan, tapi habuk pun tarak!! lagi dekat nak abih bayar, lagi banyak problem...So, kate sepakat pun dibuat, jual je lah. Senang hati dan x yah pening kepala!!!


Pikir punya pikir, test kete itu, test kete ini..ade yg berkenan tp ongkos pulak x cukup. yelah, selera tekak kitorang ni besar, nak makan sedap2. tak kira tgh bulan ke ape, janji dapat makan sedap. Kang bayar kete mahal2 tp perut satu family terjerut, spender berjala...sian tau.

Apepun, welkam to da familly ALZA!!! sangat comfortable, x lah besar mcm exora tp sangat sesuai utk family mcm aku ni...


Khamis, 21 Januari 2010

Punye la malas!!

Bole x kalo aku apdet blog mcm ni?

susulan selepas cite Aimar ke tadika...


9 Januari 2010 - sepupu aku Nida kawen, kene balik Tampin la kan? (Dh balik pun...)

16 Januari 2010 - birthday aku yang ke-32 thn tp hubby aku x de, gi outstation. Ari tu juga, majlis bertandang Nida kat Gombak. Aku dapat hadiah tudung dari Mama n sepupu aku. Opismate aku ade bagi hadiah buku.

18 Januari 2010 - Hubby aku baru balik dr. oustation, siap buat suprise kek lagi..heheheheheh. (seingat aku la, ini kali kedua die buat suprise utk aku. 1st dulu mase baru kawen, pas selamat nikah, die panggey aku BABY!!! heheheehhehee...melekat sampai skang walaupun aku dh beranak 2.)

bole kan apdet cenggini?

Selasa, 5 Januari 2010

Aimar dh sekolah tadika~~~~

Semalam 1st day Aimar ke sekolah tadika. MMMmmmm..kejab je dah nak masuk 5 thn anak Mami ni. Sekejap je mase berlalu kan.. Pagi semalam x la kecoh sangat sebab Mami bangun awal untuk prepare breakfast Aimar. Uniform Aimar pun dh gosok ari sebelumnye. Bag die pun siapkan awal2. So, pagi tu, kejut Aimar bangun pukul 7.15 pagi. Senang aje kejutkan die, lagipun die memang senang disuruh..(ikut mood jugak!)

Pastu anta die pegi Tadika Sri Pelangi dekat Seksyen 3 Tambahan dalam kul 8.00 pagi, class mule pukul 8.30 pagi. Teacher die memang suruh anta awal n amik balik lewat skit sbb nak bagi die berkawan-kawan. Alhamdulilah, Aimar x menangis pun dn die happy aje. Pukul 12.00, Mami ngan Papa dtg amik balik, dengan wajah die riang ria...bermakna die suke SEKOLAH!!! Heheheheheh.. harap2 berpanjangan la ek!!!

Mami luv u..
















02012010- Tgk wayang


Hari sabtu lepas, after breakfast kat kedai mamak, balik je umah, x tau nak buat ape. Nak masak pun malas. Tgh2 baca paper, nampak timetable (mcm skolah pulak) panggung, semak punye semak, ade citer Alvin The Chipmunk! Idea dh datang!!!! heheheheheh saje nak test Dhia bawak masuk panggung. Si Aimar dh penah masuk mase tengok cite Jangan Pandang Belakang. Die bukan tengok ngan Mami die tau, die tgk ngan Nekma, Ibuwan n Nekmi die....haish!!!

Jom ke IOI Mall Puchong!! Mulanye nak tgk kat Alamanda tp x sempat nak kejar time 2.15 ptg. Mase ni tengah tunggu Papa beli tiket. Nekma pun kenela tgk cite kartun sekali. Yelah, kalo Dhia meragam takot nak masuk panggung kang, Mami adelah kawan nak jalan2 kat shopping mall tu n adela kawan nak 'pow' belikan baju ke...hehehehehe...

Sesi warming up! Si aimar yang excited nak tengok wayang!!

Dhia n Mami.

Depan panggung!

Heheheehe...ni dalam panggung, mase ni dh abih wayang pun. Finally, Dhia berjaya tgk wayang walaupun x duduk diam ngan mulot bising berceloteh!
Pas tgk wayang, g makan McD, depan McD ade merry go round, naiklah gamaknye budak-budak ni sampai 2 kali....sampai umah pun dah Maghrib. Selesai untuk ari ni...



























Isnin, 28 Disember 2009

Birthday Dhia- 2 thn


Alhamdulilah, hasrat hati mami nak buat party birthday Dhia kat umah nekma, tertunai juga. Kenapa ntah, mami sengaja nak buat kat umah nekma padahal umah nekma x besar mcm umah sewa mami. Tp, terase nak buat hati nekma happy bile birthday cucu notti die tu buat kat umah nekma. X nak menyusahkan mama, mami order je sume makanan kat Kak We catering. Mami order Meehun Sop, nugget, kuih-muih. Ibuwan ade buatkan bubo kacang itam. Yan, menantu Nekmi sponsor kuih 2 jenis. Dalam pada risau makanan x cukop, alhamdulilah,semuanye kenyang n bole tapau lagi. Kek mami beli kat Secret Recipe. Kebetulan kek semua dah tinggal slice so mami beli chocolate brownies n Banana Crumble untuk birthday Nekti n Makngah Amy. Birthday Nekti selang seari birthday Dhia, birthday Makngah Amy plak 30 Dec ni.


Actually, Dhia sangat bertuah walaupun mami die ni anak tunggal, x de adik beradik lain. Tp, sepupu2 n tok nek sedara die ramai dan rapat. So, bile buat kenduri kendara ke, party ke, memang happening. Umah nekma yang sempit x menjadi masalah pun, tetap happy!!!
Siap karaoke lagi... tp segan plak nak nyanyi. ehheheehehheheee...

Ade pic bukak hadiah tp letih nak download. Byk jugak hadiah Dhia dapat. Baju gaun dapat 6 pasang (thanks Nekmi, Ibuwan, Ida, Mummysu, Nekda n Makngah Amy), selain tu ade kete remote control (ape la Pakngah 5zal ni, Dhia girl la!) umah mainan Susana dr Mummyabang, computer mainan dr Mak yu, Monkey boncit dr Mak Angkat Dhia, Yan.

Nekma dh belikan basikal awal2 lagi n maklang dh bagi baju tido Minnie Mouse, dh pakai pon. Tima kasih sume, x terbalas rasenye budi baik korang semua.



Khamis, 17 Disember 2009

Dah potongggg!!!! Uhuks!

Adoihai!!! slip gaji dah dapat. tinggal separuh je duit gaji den....
Untuk pengetahuan semua, aku dah start potong duit umah yang kat Acacia Park tu. Mama cakap, mula-mula jer rase semacam je, lame-lame dah ok !! iye ke? aku rase mcm aku kene rompak la pulak...

Selepas ni, x leh lah nak soping moping ikut nafsu lagi. kene bajet betul2! adoihaiii!!! bajet raye tahun 2010, kene la bajet awal-awal. Apepun, aku berbangga sbb aku dah ade rumah sendiri!!! Dah ade harta dah weihh!!! heheheheheheh.....

Rumah baru x masuk lagi, dorang tengah betulkan defection yang kitorang report last week, now tengah tunggu die call je kalo dah siap. Plan nak pindah, x tau lagi. Ape plan pun x buat lagi.

Apepun, semoga Allah permudahkan segala urusan untuk aku sekeluarga...amin!!!

Isnin, 14 Disember 2009

Dhia dh 2 tahunnnnnn!!!!

Yeayyyy!!!!! Dhia dah 2 tahun pada 7 Disember lepas. Mami doakan Dhia sihat selalu, menjadi anak yang solehah, hormat pada orang tua, menjadi anak baik dan bijak serta semoga Allah selalu bersama Dhia dalam mengharungi hari-hari yang mendatang...

Malam tu, mami ngan papa bwk Dhia pegi Tesco. Sampai sane, singgah kat kedai Kek King's pastu bawak ke Garden Cafe. Celebrate je kat situ dulu. Memang ade plan nak wat besday party untuk Dhia tp x tau bile harinye.

Yang menggembirakan hati mami, Dhia dah pandai nyanyi lagu Happy Birthday walaupun pelat dan Dhia dh pandai tiup lilin walaupun lilin x padam-padam!!! heheheheheheh......

p/s: Dhia dah pandai kire dari 1-10 tp no.6 selalu tertinggal!!!!





















Selasa, 17 November 2009

Apabile anak daraku - Dhia bertudung...


Last week, mase we ols pegi jalan2 kat Melaka, aku ade beli tudung utk diri aku sendiri. Mase beli tu, Dhia ade skali. Die pun sebuk la nak beli tudung jugak. Harapkan besar ajelah Dataran Pahlawan tu, tp x jual tudung budak2. Last2, nekma die belikan kat Warta. Tp, nekma die kat peminat setia kaler pink, x de pulak kaler pink, yang ade kaler ijo kuning Kodah ni jer ha yang lawa. Selai RM10.

So, comel x anak aku pakai tudung. Kalo nampak aku pakai tudung, Dhia mule la...ami,ami, nak dong! nak dong! (mami, mami, nak tudung! nak tudung!) B4 beli tudung ni, aku pujuk die pakai tudung aku so sekarang selamat la awning tudung aku tu walaupun aku bukan beli kat ariani. Mahal gak wei aku beli, anak tudung je RM65???gile babassss!!!

Mase ni pakai kat umah bapak montuo den. konon nak nunjuk kek maklang, makteh n cu mok die la. Kembang2 lubang idung kupu-kupu anak den!! Haa!!! yang ni Dhia dh setat rimas. X de maknenye Dhia nak pakai lame2. ikot angin die je lah, nak pakai, pakai. x nak pakai, campak bawah meja!!!! sabo je lah haiii anakkk!!!!






Khamis, 12 November 2009

sesekali bile dapo ku berasap!


Last week, hubby x ade OS so kene la masak kan? Ni antara menu2 yg terdaya aku masak...

Jumaat, 6 November 2009

Jalan-Jalan Cari Pasal Kt Melaka




Last week, lepas Aimar dh shat, we ols satu family bawak die pegi jalan kat Melaka. Dh namenye jalan-jalan cari pasal, budget terhad lah kan. Pegi melaka ni pun kire dekat je tp gune ongkos gak kan? adoiii...anaknye pasal!! We ols bawak anak2 pegi Zoo Melaka.. yang seronoknye, request anak2 dapat ditunaikan dapat naik horse n elephant ride. Alhamdulilah.


Tengah nak naik tram, si Dhia menjerit ingatkan Mami nye tinggal. Adoihai, x leh berenggang langsung!!

Satu family naik gajah, sakit bontot!!


Gambar selingan dalam bilik hotel.

Malam tu, pas chek in hotel, gi jalan2 kat Dataran Pahlawan ni, biase je tempatnye cuma banyak jual barang Baba Nyonya lah tp tengah bulan kan? Tengok jelah..


Dalam Menara Taming Sari..sayup jugak!!

View dari atas Menara Taming Sari...nampak x Eye On Malaysia?























































Kak Teh wedding's

Lame x apdet blog. Malas pulak dan lebih suke menebengkan diri kat FB. Bile tau Kakteh ni rajin singgah blog aku, kene lah aku apdet, kang sian lak kat die x de tempat nk ngulo...

Ok, let's start. Aku letakkan gambar kawin kakteh yg dh selamat menikah pada 10 oktober 2009. Majlis kat umah ibu kat Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Theme color- purple. Majlis dh mule havoc start Jumaat petang, ade session tukar2 baju pengantin n malam pulak session curi pengantin. (mane timbul cite curi pengantin ni?)

Ni salah satu baju yang dipakai oleh mak nenek ni. dh la macam cine, dimekap mcm ni lagi lah mcm cina Shanghai!!
ok, aku pun x tau mane dtg idea ni sebenarnye, main curi pengantin. sepatutnye, main curi pengantin ni, pengantin lelaki ni mestilah pompuan yg menyamar jadi pengantin lelaki. Dulu along kawin, aku lah jadi pengantin lelaki. Siap pakai songket turun temurun moyang aku wei...berasap. Tp, mase tu aku lom kawin, oklah.
seperti biase, adegan posing mosing melampau mesti ade punye. x sah kalo x de. untuk pengetahuan, kitorang keturunan hjh. zaharah memang meroyan kalo nampak kamera...occay!!!
ni ngan pakcik n makcik2 yang turut gile glamor mcm kitorang!!! wakakakwakakka..we love u ols!!
Ini lah pelamin persinggahan- theme purple.

Hantaran dari pihak pompuan...
Selepas diijabkabulkan. Hafiz ni nampak je bouncer tp emosi jugak ek? Yelah, arwah ayahnye baru meninggal dunia sebulan b4 kenduri ni. Mane x sedih kan? Tapi, dulu laki den, arwah emaknye meninggal dunia lagi 9 ari kitorang nak menikah, selambe je muke die. aku plak yang merebeh tak tentu pasal!! (dalam ati sape yang tau an!an!an!)

Ni time bersanding..so sweet dis couple, same cantik, sama padan, sama chubby, sama merimbun....
Dh blog aku, mestilah kene tepek gambo anak-anak den kan?
Aqilla n Amry- flower girl n flower boy!!
Mase nak potong kek. Yang dua orang menyebok tu, my kupu-kupu. X tau mane satu yang jadi pengapit...
Walaupun aden x jadi menikah, aden totap ngan gumbira ngan gimik muka aden ala-ala chipmunk tercirit buah pinang...dan yang kat belakang seperti biase (kali ni elok skit gambar die...ekekekeke) PEACE WITH BOTOL SUSU!!
Pas abih kire duit...ye ke kire duit? sesi merengneesss dh sampai!! main ombak-ombak plak!! nenek2, makcik2 dan kitorang yang memang dah sedia mereng tentu lah join kan?...Yippiee!!
Door gift!! Pic untuk sape yang tak datang...bior sakit ati!! hahahahahah..tu baru luar, belum tgk isi dalam...sawan ko!!!























Khamis, 1 Oktober 2009

Baby Raya IG Contest


Nama Saya: Dhia Nisrina binti Mohd. Azarindra
Umur Saya: 1 tahun 10 bulan
Tarikh Lahir Saya: 7 Disember 2007
Baju kurung raya Dhia yang berwarna merah Gong Xi Fa Cai.
Dhia suka sangat sampai x bukak2 hingga ke malam.


Dhia tengah syok kunyah kuih sepit gulung sambil nak buat peace x jadi2!..Cekak rambut tu pakai mase nak posing je, die mmg x suka pakai pun.
Tengok Kak Pia enterframe, apelah salah kirenya saya mengikut jejak beliau utk menepek jugak gambar saya bersama anak tersayang...heheheheheh..bole ke? boleh lah..Ini Dhia pakai baju raye jugak tp kasual.


1st time masuk contest mcm ni, agak2 betul kah ini caranye?
Kalau nak tgk banyak lagi gambar baby2 yang comel pakai baju raye, jom singgah kat sini http://www.infogossip.com
SILA LAH AFUNDI DHIA!!!!
PEACE NO. 1!