Halaman

Sabtu, 20 November 2010

Blog aku nehh...

Mule la tu kan? Nak merepek petang2 buta neh.

Blog aku neh kan? Blog aku la kan? So ape la punye manusia neh? Sukati aku le nak cite ape pon kat dalam neh, dh namenye BLOG MUMMYKD. Ade ke tulis kat atas tu BLOGAYAM, BLOGKUDA,BLOGBERUANG? x pun, BLOGBABUN? Eh, menambah lagi tuhh!!

Tp, untuk pengetahuan korang la yang rajin baca blog aku neh, blogger2 yang baek mcm aku neh, aku tak kesah lah sebb dorang baek kan? Mcm aku...hehehehehe. Ni aku nak sound sikit pada blogger ataupun x blogger skali pun, BACE AJE LAH. Tp, toksah la pastu ko konon2 tauu sume kesah idop/rumahtangga aku luar n dalam. Untuk pengetahuan sume jugak, walaupun ntah ye ntah tidak ade orang bace blog aku neh, TAK SEMUA RAHSIA AKU, AKU BANTAI TULIS KAT DALAM NEH....akal ada ka?

Inilah mentaliti separuh orang, tak kira tua ke muda ke. Bile aku mencarot/menjiban (apekah itiew?) kat sini, dh JUDGE aku mcm-mcm. Padahal bukan penah tido skatil pun apatah lagi makan sepinggan. Tp, aku memang makan sepinggan aku sorang je lah!
X kenal aku, toksah la banyak bunyik. Kan aku dah cakap, x suka janganlah baca n singgah kat sini. Blog aku neh, untuk orang yang suke2 je. Mcm tu gak aku blogwalking kat blog orang, RILEKS je aku? Heheheheheheh.....

Untuk sume blogger2 dan yang x berstatus blogger, marilah kite beraman dan damai. Toksah fitnah menfitnah, reka2 cite, tak baek! Tuhan marah...tp, kalau dh korang memang dilahirkan begitu? Ade aku kesah?

Meh, aku letak sIGn skit....
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`

Kak Pia@S'L@Rin@Reinz...Happy birthday sis!!!

Untuk Kak Pia......




Semoga Kak Pia...

Dimurahkan rezeki, dipanjangkan umo dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan diakhirat.

p/s: Sori kak guna pic neh, lawa sangattt!!!!

Khamis, 18 November 2010

Ngantok dah....



Selamat malam semua blogger2 yang datang singgah ke blog aku nehh..Nk tido dh, Ngantok bangat!!!!

Sweet dream eberibodi!!!!

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Ari neh aku tengah mood rajin nak berblogwalking disamping menyinggah blog2 kenalan baru yang join Giveaway aku. So, aku terbaca entri En.Ben berkenaan tajuk di atas...tibala aku rasa macam nk join la sbb entri neh khas untuk blogger2 baru mcm aku neh...syaratnya mudah sja..

A. Header Blog Ben Ashaari


B. Tajuk:JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU.

C. Berikan kata kata aluan buat mereka yang bakal singgah ke blog anda.

Alamak, nak berucap pulak!!! Ok kengkawan semua....welkam to my blog! Ceh! speaking la pulak! Blog aku ni barulah setahun jagong, so kalau ade tunjuk ajar yang boleh membantu aku mencantekkan atau menaikkan rating, sila la ajar aku ek? Hehehheehheeheeh....Jangan segan2 singgah kat blog aku neh! Salam perkenalan....

D. Pastekan url korang kat ruangan komen ini ... (mean kene tinggalkan link kat ruang comment Ben ashaari la kan?)

p/s:Ben Ashaari meh, singgah blog aku!

Ber'qurban' untuk kita...

Semalam kan Hari Raya Aidiladha. Last entry, aku ade cite Mama buat Qurban tahun ni. so, semalam adalah harinya. Acara sembelih neh start dalam kul 10 pagi. Mama pas semabahyang raye terus lepak kat bawak khemah. Turn lembu Mama kene sembelih no. 3. Aku sampai2 je kat umah Mami, terus g terjah khemah. Angkut dak Dhia skali. Si Aimar dah jumpe Abang L ngan Abang Adik die, terus lupe la kan? Al-maklumlah, lame dah x jumpe.

Sampai je kat khemah tu, ade sekor lembu dh terbaring kene sembelih. Aku tgk perot lembu tu bergerak2. Mama cakap lembu tu belum mati. Pastu, aku dengar lembu2 kat dalam kandang tu menguak bersahut-sahut. Rupenye, turn lembu no. 2 pulak. Berhempas pulas orang-orang ni nak merebahkan lembu ni. Sian pulak aku tengok. Pas dorang dah berjaya baringkan lembu tu, dorang start la bertakbir reramai mase nak sembelih tu. Otomatik lembu2 kat dalam kandang tu senyaaapppppp jeee..... Weiii!! sian wei, aku tgk. Mama cakap, kalau kesian, kite x leh makan daging die. Dahlah mase lembu tu dah disembelih, napas die bunyi sangkut-sangkut. Sian weiiiii!! Menanges akuuu! Hahahahahahah....umo dh 32 thn, baru lah berpeluang nak nengok benda neh sume.

Last2,aku blah je lah. X sanggup aku nengok lembu2 neh. (Sian,sian, kang aku jugak yang bedal die!CET!!)) Xde dah, aku datang2 balik tgk, sian punye pasal!
X pelah sang lembu, ko memang masok SORGA punye kan? Heheheheheh..

Dalam sian2, sempat gak aku snappy2! Jom, layan gambo!





Sian kan? Ari ni, Mama buat qurban kat Surau An-Nur pulak. Mama cakap, yang tukang sembelih tu Ustaz Haron Din. Xde lah aku pegi sbb aku beropisan ari neh!!

Happy Birthday Asyraf!!!!!!

Adikku Asyraf!!!!!


Longlin ucapkan...............


Semoga hari ini memberikan seribu kebahagiaan dan kegembiraan dalam idop Asyraf. Dalam meniti perjalanan yang masih panjang, Longlin doakan semoga segala kekusutan, kesesatan dan kerintangan yang selama ini menjadi penghalang kepada Asyraf untuk mencapai KEMENANGAN akan dileraikan dengan semua doa-doa yang ditadahkan untukmu...hari ini.

Longlin juga percaya, segala doa-doa yang ditaburkan untuk Asyraf hari ini akan menguatkan lagi benteng keperkasaan dan keberanian yang telah sedia ada dalam idop Asyraf. Oleh itu, teruskan segala perjuangan mahupun kemahuan yang khususnya untuk menggembirakan hati keluargamu....dan juga MARTABAT dirimu.

"Orang yang berjaya mengatasi keinginannya lebih berani daripada orang yang mudah menakluk musuhnya kerana kemenangan yang paling sulit diraih adalah kemenangan atas diri sendiri.."

Daripada: Longlin, Abang Long Zarin, Kimi dan Dhia...

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha




Insyaallah, esok kite akan menyambot Hari Raya Aidiladha. Tahun ni, Mama buat korban kat dua tempat. Satu kat Surau As-Sobah dan satu lagi kat Surau An-Nur. First time neh, Mama buat korban. Aku pun x leh explain camne keadaannya nanti.

Aku keje ari ni, kalo x dapat half day, aku sendiri MENGHALF DAY kan diri. Hehehehehe...Malam ni tido umah Mama dulu esok baru raye umah Ayah pulak, tp xtau la kul bape.

Anyway, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua sanak saudara jauh dekat dan kengkawan di alam nyata dan di alam siber. Maaf zahir dan batin.

p/s: Ramai ke yang balik kampong? Bebaik ye drive..

Isnin, 15 November 2010

Janganla letakkan semua kesalahan kat aku nehhh!!



Tolonglah wahai insan yang bijak pandai. Hamba tau hamba ni hanya kuli tp jangan hamba diperalatkan. Hamba membuat kerja seperti yang disuruh dan mengikut arahan. Tidaklah hamba memandai-mandai...

Mulai hari ni, hamba tidak mahu lagi jadi tempat persinggahan untuk sesiapa pun. Mahu pun nak tumpang sekejap! Tidak sama sekali!! Nanti pengakhirannya, hamba jugak dipersalahkan sedangkan hamba membuat perkara yang wajib. Persoalan macam mana markah pelajar ni sikit, kenapa dapat sikit,kenapa ada satu bahagian markah aje, TIDAKLAAH hamba ketahui...Takkan la hamba nak makan borang markah tu sebab suami HAMBA masih mampu nak bagi hamba makan. Wahai golongan yang bijak pandai....jangan la mudah nak menuding kesalahan kepada orang yang x bersalah. Untung hamba ni menolong, kalau x?

Lagi satu kan wahai golongan bijak pandai, sila lah dengar dulu penjelasan daripada hamba2 yang hina ni. Jangan la nak salahkan 100% kepada staff bawahan seperti hamba ni. Program yang lain, oraiittt je? Kenapa program yang satu neh bermasalah? Salah hamba ke atau siapa ke?

Dahlah borang markah program neh, x de no matrik, kekadang nama pelajar yg dinilai pun x de, SALAH HAMBA KAH juga? Jangan la begitu wahai golongan bijak pandai. Sebab idop neh bagai putaran roda...nanti kena HUKUM KARMA tauuu!!!

Hamba x mau stress nanti hamba gile pulak disebabkan golongan bijak pandai neh. baik hamba berhepi-hepiannn....lalalalalalalalalalalaaaa

Drama Kehidupan...



Maknenye? Suami die tau la kan cite disebaliknye? Kalau tak, mane isteri die tau, kalau die MENGAKU, suaminya akan ceraikan isterinya? Ish!ish!iSh!

Drama mane Mak Uda tengok neh?

p/s: Teringat drama, LAFAZ BUKAN MAINAN..lakonan Fizz Fairuz n Sari Yanti. Memang sedey cite ni dan banyak pengajarannya.

Adoiii!!! Tekak mengada-ngada pulak!

Alalalalalalala..tekak buat hal la pulak!
Mengada-ngada pulak nak makan macam-macam. Eh, aku x mengandung lah! Heheheheheheh....Jangan salah sangka!

Kesahnye cenggini:

1. Bulan November ni, besday opismate aku, Kak Nyonya n nak buat sekali ngan besday boy si farhan yang dah lepas bulan September ari tu. So, pagi neh, cite2 la pasal kek. Tu yang tetiba meroyan nak makan kek pulak. Bile blogwalking, terbace pulak blog Mama Iman walahaiiii! die pulak buat kek!!! Tapi aku teringin makan kek yang kat bawah nii....
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`

Kek Marble!! Syok nye kalau dapat makan panas2!!! Syahdu sehhh!!

2. Pastu kesah kawan aku ni Shazlina balik kg hubby die kat BP. Teringat lak kat benda ni...Woooooohaiiii!! lame dh x makan... Ina, belikan aku nehhhhh!!!!
`
`
`
`
`
`
`
``
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`

Pisang salai!!!

p/s: naseb x mengandung kan? kalo mengandung mcm mane? sape kah mangsa yang akan aku paksa buatkan makanan neh semua?

Ahad, 14 November 2010

Latest Fridge Magnet

Ari neh, aku nak cite pasal hobi aku. Korang pun mesti ade hobi tersendiri kan?
Dulu, mase berhengus lagi yakni time skolah la kan? Aku suke kumpol keychain dan badge kat beg skolah aku. Sumenye aku gantongkan kat beg skolah aku. Beg skolah aku bukan berat dek buku-buku tapi penuh keychain n badge. Pastu bile dh banyak sangat, aku satukan keychain2 ni dalam satu gelung dawai. Dh macam warden penjara lak. Tp, aku simpan lah. Tp, bile aku dah muda remaja, benda2 tu pun ntah kemana aku letak. Ade gak yang aku bagi kat kawan2 aku. Yang lain-lain tu mungkin hilang la kan...

Bile dah kawin dan ADE FRIDGE SENDIRI...hehehehehehe (bangga seh, ade fridge!!)Aku mule berjinak2 ngan fridge magnet pulak. Mulanya aku minat benda ni, mase aku g soping barang2 hantaran kat Nilai. Beli barang dapat fridge magnet FREE! Aku ingat lagi FM tu bentuk pasu dan ade bunga pink. Dah punah sebab pecah. Pastu mulalah, sikit demi skit aku dapat FREE dan ade yang aku BELI.

Antara yang aku baru dapat daripada LEcturer2 yang rajin g obersi...


Lecture2 kat tempat aku dah paham dah. Dorang kalau g obersi, memang dorang belikan aku FM ni. Padahal aku x kirim pun tp dorang memang beli punye. Baek2 tau dorang ni. Terharu aku!! Selalunye lecturer2 neh bagi Free je. Untongla aku....

Aku pun x kira ade berape aku punye FM ni. Tp, aku tau, orang lain yang ade koleksi FM ni lagi bertimbun-timbun dari aku punye kan? Meh, tengok kat fridge aku neh...







Belum banyak sangat kan? Aku penah tengok, ade sorang pengumpol FM ni, penuh satu dapo tau!!! Memang best la tengok!!

p/s: Si Aimar x berani usik2 aku nye FM ni, die tengok je. Mase die baby dulu pun, die paham benda tu aku x kasi usik. Jangankan DHIA!!! Weiiiihaiiiii!! budak ni memang x makan saman. Lagi aku kate jangan usik, lagi la die nak pusing2kan Windmill Amsterdam aku tu!!!! Sabor jelah..

Ade gak yang dah terlucut magnet nye, tp aku simpan sbb x beli2 lagi gam CAP GAJAH tu.

Sabtu, 13 November 2010

Teringat kisah berpantang

Saje je nk cerita. Memalam ni rajin plak aku nak berblogwalking. So, byk bace cite2 mummy2 tgh berpantang. Ade tu, baru seari dua bersalin dah berjalan2. Untong ooo dorang ni. Aku jeles tahap cipan je bace cite dorang. Time aku dalam pantang adalah HAZABBBB!!! tp, dalam hazab-hazab pun, aku folo je lah kan. Leh bermanja-manja kan diri...huhuhu

Mase aku dalam pantang, menu aku boleh dikatekan same je la ari2. Kalo ubah pun cume isi nye lah tp masak still care yang same. Mak aku memang sangat MENJAGA aku ok..Jom, tengok ape aku bedal time pantang.



Antaranya, daging masak lada itam campo kunyit idop. Tapi, sangat sodap!


Rendang Pegaga pun ade lada itam. Lauk ni aku kureeeennnggg sikit.


Sup ikan haruan dah jadi mcm makan nasi lak. Ari2 ade lauk ni. Cukup sebulan dah tak yah makan. Hazab kan?


Korang makan lobak ni? Ade sorang mummy yang dalam berpantang, mak die blendkan apple ijo campo ngan lobak putih ni. Heeee.....sure la rase maung kan? Aku just wat sup je...Kene lah makan sebab nak banyakkan susu gantong.


Air horlicks untuk sarapan pagi dan minum petang. salah satu untuk perbanyakkan air susu gak.


Pepagi sebelum mandi, aku minum sunquick suam dulu, kasi lawas.


Yang ni lagi hazab nak minum. Nak minum kene tutop idong. Bau die macam arang terbakar...


Aku minum teh herba dari Nona roguy. Ok je rase teh ni. Menyegarkan badan.



Untuk mengelakkan sembelit (penyakit yang paling digerun oleh ibu dalan pantang!), aku amik Pyhtocleanse dari Nona roguy. Memang mujarab!


Lepas tu, ape lagi! Sesi membungkos lah. Tp boroi gak perut aku. Agaknye kalau x bengkung ari tu, lagi la boroi kot? Heheheheh

Last skali, part yang aku malas sekali...
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
Adalah ini...

Pakai stokin ye puan-puan...

dan ini....

Pakai baju panas di tengahari panas nan indah!!! Cettt!

p/s: korang ade lagi hazab dari aku? Sian korang ek?

Jumaat, 12 November 2010

Ape korang rase?

Bile diri x dihargai? rase x disayangi dan x bermakna? Ade pun x pe, x de pun x pe?
Kite hanye ambil berat tapi dikatekan bizi bodi atau EXCITED? Aku x paham excited mcm mane yang dimaksudkan? EXCITED tgk die sakit atau EXCITED biar die CEPAT MATI?

Ape korang rase bile berada dalam situasi ni? X payah la tanye ini masalah siape. Kene mengena ngan aku ke atau aku sendiri yang punye masalah.

Aku?

Op kos la aku rase, APE SALAH AKU? APE GUNA NYA AKU SEBAGAI ISTERI/TUNANG/MAKWE/KAWAN? Dan kalau aku dalam STATUS sebagai ISTERI, dimanakah letaknye AKU SEBAGAI ISTERI?

Alhamdulilah...

Nampaknye 1st GA MummyKD yang julung2 kali ni, mendapat sambutan yang baik daripada blogger2. Salam kenal semuanya!

Kepada blogger2 yang belum join lagi, sudi2kanla join yer.

terima kasih...

GA ni dibuka sehingga 17 Disember 2010.

Rabu, 10 November 2010

Updated MummyKD-1st Giveaway!!!

Upkan balik GA neh. Kepada semua blogger2 yang dh join GA MummyKD neh, sila check nama2 anda kat tepi tuuuu..nampak x? heheheheheheh

kalau ade yang namenye tertinggal, bagitau ye!

terima kasih sekali lagi!! tarikh tutup masih jauh lagi so kepada blogger2 yang belum join, sila la men'join'kan diri anda!!!




Saya nak bagi giveaway kat kawan2 di blog.

Start : 11 November - 17 Disember 2010


B4 tuh korang kena wat beberapa syarat mudah:

1. seperti biase, mestilah kena jd follower blog saya kan?
2. letak banner atas ni kt header/sidebar korang n link sekali ke giveaway nih.
3. wat entri psl giveaway nih. Pendek2 je cukop, x yang panjang2.
4. jgn lupa link back ke blog nih..
6. tinggalkan link da siap kt ruangan komen bwh ni..

Hadiah 1st - RM66.66
Hadiah 2nd - RM44.44
Hadiah 3rd - RM22.22


Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Seramai 3 orang pemenang bertuah akan dipilih..so kawan2 blogger tunggu aper lagi.. jom join my giveaway ni...

Selasa, 9 November 2010

Set Tia Amelia

Entry Khas untuk Mama Iman



Satu set ni dalam RM105, kalo aku x silap lah. Dah lame x beli full.

Aku dah lame dh gune produk ni. Alhamdulilah ok je. Dulu aku rajin gune full set skang dh maleh. Gune Sabun, Sunblok n Krim Pencerah @ Krim Malam je.



Tigapulohringgit

Ade Cine datang opis aku ni tadi. Nak beli toner kosong. Dengan pantas Kak Nyonya pegi menyelongkar segala mak bapak toner yang ade. Dapatlah RM30. Alhamdulilah...

Pastu Kak Nyonya pass kan duit tu kat aku sambil tinggi2 sore,

Na, amik duit ni, g la beli gula, susu tin, semekot untuk pantry kite neh..
La kak, RM30 je? ape yang dapat? Semekot setin dah nk RM10, paling murah pun RM8.90, kot la ade lagi. Susu cap F&N dh RM2.30, xkan nak beli setin je?

Teriak satu sore dari belakang. Die ni memang suke teriak2.

Ala..cukop tu. Akak beli cukop jeeee.....

Aik? cukop ek? memang la cukop sbb ko beli mcm budak2 nak pegi berkhemah 3 ari 2 malam. Gula sebungkus, susu 2 tin, semekot yg plastik kecik tu, milo yang plastik kecik gak, nescafe ngan tea pun plastik kecik gak kan? Silap2 budak2 tu nak pegi berkhemah pun x cukup gula sebungkus tu.Akal ade ke x?

Aku stakat Rm30 ni, ape lah yg dapat. Kat opis tu, bukan aku sorang je nak buat air. Silap2 pensyarah pun tompang sekaki...
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`

RM30 yang masih panas lagiiii sepanas hati kak nyonya...heheheheheheh

Jamu Mak Dara




Korang amalkan makan Jamu? Aku pun baru tahun ni nak amalkan. Yelah, umo dh 23 tahunn...eh? bile pulak leh x bergerak2 umo aku ni? Hahahahahah...

Ok, b4 ni aku makan yang kapsul je. Dh 4 botol dh aku makan. Memang elokla jamu ni, kirenye aku serasi la kan. Masuk je nak beli botol yang ke-5, aku menggatal beli jamu yang serbuk pulak. Bajet2 mcm makan makjun la.Sedap la kirenye. Sekali bile bukak je kotak, otomatik umah aku dh macam bau dalam pantang. Semerbak siootttt!!!

Rase belum lagi nii. Bila aku bancuh, mule le aku termenung nak telan. Tp, x pelah..telan jelah sambil tutup idong. pEHHHHH!!!!! Tobat akuuuu!!! sangat berperisaaa okkk!!! Rela la aku makan yang kapsul. Dah name pun jamu kan? mane ade yg sedap. Makjun je sedap! Hahahahaah....

Sape nak? Aku bagi free je sbb aku dh bukak kan? Pasni aku nak terjah ekonsep, beli kapsul je. senang telan n mudah!!!

Aku penah masak lerrr...

Tajok tu, nampak sangat ade orang x caye aku ni penah pegang kuali n piuk kan?

Itulah, kengkawan ramai pun bukan sume yang sekepala ngan kite kan? Bile dh x serumpun, mule le selidik sampai lua dalam kain kite ni kan? Pastu ade satu spesis kawan yg die ingat, die tu la kawan yang aku ade? Eh,eh,eh? Ingat muke aku x laku ke nak berkawan? Tapir tu kalo leh bercakap, die menggeletek2 nak berkawan ngan aku. Pesal lak tapir skali lagi jadi mangsa? Sian ko Tapir...

Ade sorang kawan aku ni, kawan mase kat IPB dulu. Die ni jarang ngontek aku tp kalo skali kontek, berjala2 persoalan aku kene jawab. X pelah, lame x borakkan? Tp, semalam ade satu soalan yang die tanye, Nape kat blog aku, xde pic aku masak? Die suruh aku amik pic aku tgh masak ke ape yang aku masak? Pastu die tanye, ko kat umah x penah masak ke? Sian laki ko, asyik makan kat kedai. Ewah,ewah, die tanye aku x penah masak? padahal aku baru masak roti nan kat kedai mamak warta tu. Ade die tau? Eh, die tau la kan? die dh bace blog aku ni....

Nah....ini buktinyeeee!!! Aku penah memasak!! Walaupun x setanding TOP CHEFF..tp laki aku puji aku ade kesungguhan nak memasak!!Cet!!! Podahhhhhh!!!



Ni baru skittt ekkkk.....kang aku letak bebanyak kang! Ko muntah pulak!!!

p/s: baru aku pasan, aku asyik masak lauk yg same ek? Eh! suke aku la, aku suke makan...ko suke? x suke?eh? ape aku kesah...bukan ko makan punnnn....ekekekekekeekek

Isnin, 8 November 2010

Barbican Drink..




Arini kite minum air ala-ala Arab pulak.

Ni dak Cenor la yang mengajo ye. Best kawan ngan die ni. Sume die tahu. Aku ni yang x tau jadi dari tau. Hehehehehe...

Tadi lunch kat Pusanika ngan Cenor, Sal n Ina. Ade pulak air ni kat Kedai Roti Ganja tu, apelagi tryla kan. Roti Ganja? Heeheheheheh...mane nye x dipanggil Roti Ganja, ari2 dok bertunggu tangga kat situ. Sendiri yang nak, roti tu pulak yang dipersalahkan ekkk? Ampun makcikkkk!!!!

Dah melalut pulak! Meh cite pasal air ni. Rase die ala2 air sparkling tu lah. Tp, kitorang letak air, rase tawar la pulak. Tp, xpe. pasni jgn boh ais lak. Mesti sodap!!

Korang penah minum air ni? Ke aku je yang baru terhegeh2 nak merase air ni? hehehehehehe...Layannnnnnn!!!

Ahad, 7 November 2010

Andai aku...

Andainye satu hari nanti, aku sakit terlantar sepi. Aku ingin menjemput semua sanak saudara ku dan kawan2 ku menziarahi aku nanti. Andai sudah sampai masenya aku nanti, aku menjemput semua sanak saudara ku dan kawan2 ku menziarahi, membacakan Surah Yassin, membaca Al-Quran kepada aku nanti. Justeru kepada semua sanak saudaraku dan kawan2 ku, tunggulah sehingga aku hilang daripada pandangan mata kamu semua yakni aku sudah berada di dalam lahat. Aku MENJEMPUT SEMUANYA YANG BERKAITAN MAHUPUN TIDAK, KERUMAHKU UNTUK BERTAHLIL UNTUK AKU SEBAGAI BEKALAN AKU DISANA NANTI. Aku ikhlas MENJEMPUT kalian semua....

Ini mungkin boleh aku anggap sebagai wasiat kepada semua pembaca blog aku ni. Andainya saat aku tiba, korang semua tau bahawa korang memang sudah aku jemput untuk menziarahi aku.Kenapa aku tulis mcm ni?

Sebab aku takut, satu hari nanti, bile aku MATI, kawan2 atau sanak saudara aku takut nak menziarahi aku sebabnye TIDAK DIJEMPUT. Memang kite telah diomokkan dari kecil lagi bahawasanya KALAU ADA KENDURI KENDARA YANG MELIBATKAN MAKAN MINUM, HARAM KITE PERGI KALAU TIDAK DIJEMPUT. TAPI, KALAU ADE KEMATIAN, KITE BOLEH PERGI MENZIARAH WALAUPUN TIDAK DIUNDANG...Dulu2 mungkin boleh guna lagi fakta diatas ni. tpi, zaman sekrang, aku sendiri takut tambahlagi PAKCIK aku sendiri menidakkan perkara ni. Huh!!

Bile marah...semuanya akan tersembul keluar..Lupe pada saat2 manis kite semua penah bersama dan bergembira. Bila marah, keluar semua kata2 yang menambahkan lagi api kemarahan yang memuncak sehinggakan MENZIARAH ORANG MENINGGAL DUNIA MENJADI SATU KESALAHAN BESAR!!!! Dengan alasan, die penah dimalukan dan difitnahkan. Sungguh mudah meruntuhkan sesuatu ikatan yang terbina sejak azali lagi. Tp, nak mengeratkan semula..MUSTAHILLLL!!!

FIKIRLAH....kenapa begitu mudah memusnahkan ini semua? Dan yang lebih menyedihkan aku, bile orang yang x berkenaan jadi mangsa.. Kesian N~~~~...die x bersalah. Die hanya berpegang kepada FAKTA di atas. Dan kami jugak x bersalah.

Betullah orang kate, kalau kite nak meletakkan name kat anak2 yang baru lahir. Kenelah pilih name yang sesuai. Tambahlagi kalau kite pilih name yang berkaitan dengan surah2 di dalam al-Quran. Berat sang anak nak memikulnye. Takot2 nanti, name yang diberi x bersesuaian dengan maksud yang dipilih.

Ok, kengkawan..memang korang x paham ape yang akuu tulis ni.Hanye aku je yang tau kenapa aku tulis macam ni. Tp aku harap korang faham dan nyata 2 perenggan diatas. Kalian, aku alu-alukan. X kira dijemput atau tidak...

Layan cite Hindustan..



Raye2 Deepavali ni kan, byk le movie2 Hindi n Tamil kat TV. Semalam, budak2 ni dh melarikan diri ke umah Atok dorang. Tggl aku ngan Rin je lah. Ape nak buat? NAk main, panas2 buta ni melekit. Al-maklum lah,kulit aku kan kulit BMW....Motif? Ntahlah haiii...

Menjalar-jalar depan TV, skali kua lak cite Hindustan ni, BAGHBAN (Taman Sari). Tengok2, hero tua si Amitabh Bachan yang belakon. Boleh la...layannnnnnn...

Cite ni meman 5 Star aku bagi. Cite pasal pengorbanan Ayah kepada 4 orang anak jantan die yang tak reti2 bersyuko. 4 orang pelakon sebagai anak die ni, aku x kenal sekor haram pun. Yelah, dh namenye ko berlakon jadi jahat dh tentulah amik pelakon suam2 kuku je kan? Ok, Amitabh Bachan, of coz la jadi Ayah keje sbg Accountant. Bini die, Hema Malini ke? Aku tanye Rin, die A'ahkan je..mentang2lah aku x kenal kan? Anak dorang ade 4 n ade sorang lagi anak angkat name die ALOKH. Yang ni konfem la aku kenal kan? Si SALMAN KHAN...hehehehhe....

Nape aku kate citenye sedih dan patut dijadikan pengajaran? Peringatan untuk aku jugak sebenarnya. Esok dah tua n dh bersara, jgn gatal2 nak pegi duduk kat umah anak2. Tambahlagi kalau anak2 ko tu dah kawin kan?

Takkan la aku nak menaip panjang lebar kat sini kan? Korang belum tgk cite ni, g lah donlod ke ape ke.. tp memang cite ni banyak pengajarannya.

Aku rase kat mane2 paper skang ni ade kisah, anak x mo jaga mak bapak dorang. Ade tu 9 orang anak, nak jaga mak sorang pun berperang. Tp, itulah....resam kat donia ni. Cite ni peringatan untuk aku jugak. Walau mcm mane sayangnye kite kat anak2, belum tentu sok bile kite dah tua, anak2 kite ni akan menjaga kite bile kita sakit. Cite ni jugak, mengingatkan kite, bile kite bekerja ni, beringat2lah nak simpan duit. At least bile dh tua, kite ade duit nak beli umah tempat kite laki bini nak berteduh daripada nak menumpang kat umah anak2. Yelah, dh tentu mase tu anak2 kite dah kawin n ade tanggungjawab. Kalau anak2 kite ni dapat laki/bini yang bertanggungjawab dan x berkire, alhamdulilah lah. Kalau dapat yang jenis macam dalam cite ni? Sia2 je idop. Elok2 je memuda aku melawa, happy, skali dah tua, aku merempat? Ooooooohoiiiiii.....

yang best nye cite Hindi ni, dorang x perlu berlakon jadi anak derhaka yang nak mati siap ade cacing kat badan lah, skali idong ko mcm babi lah. (Tp, di alam realiti, aku tak menidakkan kuasa ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.)Cite Hindi ni lain, dorang xperlu kan itu sume. Cukup dengan skrip yang dorang lafazkan. Dah cukup buat aku merebeh. Sedih weiiii..tambahlagi bile mak bapak dorang dalam cite ni x mahapkan anak2 dorang. (dalam ati aku padan muke!)

Dialog dorang cukup meruntun jiwa aku.Sampai aku cakap kat Rin, jauhkanlah perangai begini daripada anak2 kite. Jangan la dorang jadi mcm ni.

Bagi yang belum tgk cite ni, tengoklah. Cari lah mane2 DVD ke, donlod ke. Kalau tgk kat TV, banyak na iklannye. Lagu dalam cite ni, toksah cakaplah. Sendiri mau ingatla kan? Hahahahahahha.....

Happy Deepavali!!

Jumaat, 5 November 2010

Part Grill hampir selesai...

Alhamdulilahhh....(1st kene la sentiasa bersyuko dgn segala pemberian dan kejadian yang datang drpd Allah Taala, jgn lupe.)

Kerisauan aku hampir sebulan akhirnye tiba ke penghujungnya. Yelah, mane aku x risau, duit deposit dh bagi. Tapi, hasil keje x nampak lagi. Yang menggerunkan aku, xde pulak dorang ni kol2 ke ape. Yang laki aku pulak, kene bersuruh barulah nak kol. Bile kol, alasan dorang...grill tengah cat. Sorilah lewat, sebab cuaca x mengizinkan nak bagi cat tu kering. Mmmmmm....logic kah alasan tu? Ape ajelah. Rin cakap, kite tengok jelah dulu, harap2 keje lambat tp hasilnye memuaskanlah hati.

Ari rabu 3/11, toke tu kol Rin. Dorang dh nak pasang grill tu esoknye. Die mintak Rin datang kalau nak tgk. Sudah semestinye la nak tgk kan? Hehehehehhe...tapi aku x pegi lah, aku kan cuak2 sikit. baek aku tgk bile sume dh siap pasang kan?

So, ari ni coti Deepavali. Rin cakap x yah masak, makan lua n bole tgk umah skali. GErak dalam kul 11 tgh. Sampai kat highway Bukit Mahkota, jalan dah start jam. Gile punye jam. India yang raye tp banyak muke Melayu jugak kat highway ni termasuk la aku...Xpelah, bagi ilang debar aku ni sat. (Nk g tgk umah pun boleh berdebar?)

Sampai sane, aku tgk, jiran sebelah ade umah. Dengan jemuran keliling rumah....mmmmm...suasana serabot. Jangan esok aku dh pindah, ade lagi environment jemor kain kat pagar aku, harus aku dirikan TEMBOK CHINA. huhuhuhuuuuu...kronik kan aku? yelah, umah aku beli kan, haruslah aku mau cantik, mau bersih......

So far, aku puas ati ape yang dorang buat. Yelah, yang buat tu pun manusia mcm aku jugak bezanya dorang LELAKI aku pompuan...heheheheh..

Cuma, kene komplen gril pintu belakang lah. Dorang pasang terbalik. maksud aku terbalik tu, tombol pintu kayu belah kanan, kepala mangga grill bukak belah kiri. Ape punye pesenlah.

Jom, tengok hasil nye....
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`
`TARAAAAAAAA.............................


hehehehehhe...pic terpakse di remove untuk tujuan keselamatan. thanks Persatuan Acacia Park.

MAAF YE....

Khamis, 4 November 2010

Happy Deepavali to all my friend...



Happy Deepavali!!!

Mase tgh bizi2 ni, otak aku segere terkenangkan nostalgia lame. Manela keje aku nak siap ek, wat keje siap berangan!

Esok Deepavali, teringat mase skolah dulu. Ramai kengkawan India. Yang syoknye, pas dorang datang sekolah balik, mesti bawak muruku n macam2 lagi kuih muih India yang pelik2. Mase tu aku tibai je makan. Xde hal la mcm skang ni, minyak tu ade ni, tepong tu ade tu lah...macam2!Nahhh...elok je aku membesar bagai Johan skang nih. Pastu kan, esoknye konfem kengkawan aku ni datang skolah pakai gelang yang warna-warni tu. Ade yang gelang kace n ade gak yang plastik. Gelang ni le yang mak aku suruh beli, nak dipakaikan kat Dhia. Motif? Anak aku camporan India Bangla kah? ....kuang!kuang!kuang!

Inila hasil gelang India yg aku pinjam kat Makcik google..aceh makcik...



Aku teringat kengkawan mase skolah dulu..aku dedicatedkan Happy Diwali untuk kengkawan aku Hema Malini, Nirmala, Vasanthi, Manimala, Shanti, Indra, Ragu, Govin, Roban, Vijaya Lecthumi, Kavitha...ramai lagi yg aku x ingat nama. Ntah mane la dorang ni.Nama2 yang aku ingat tu dh bersyuko jugaklah kiranye aku masih ade ingatan...hahahahah..buatnye ilang ingatan?

Ku Ada Kamu....




KU ADA KAMU – ADIRA AF8

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


p/s: Aku suke dgr lagu ni dan petang semalam mase dgr dalam kete, aku cakap kat Rin..

Abang, lagu ni untuk abang, suka x?
Sukeeeeee....Adira pun abang suke!
CET!!!!)

Selamat Hari Lahir Kakcik-30 thn

untuk adik yang disayangi dan diingati selalu....



Kakcik....luv u!



Semoga dimurahkan rezeki hendaknya! Sentiasa dipermudahkan urusan di dunia dan diakhirat...Insyaallah. Semoga apa yang dihajati dan diingini pada hari ini dan bakal mendatang, memberikan seribu kerahmatan buat Acik. Longlin n family sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Acik. Jadikan pengalaman lalu sebagai tiket untuk Acik terus maju dalam meniti kehidupan yang penuh dengan dugaan. Tp, anggaplah dugaan yang datang itu sebagai satu cabaran yang manis, yang Allah telah pilih untuk kita meredhai hakikat sesuatu yang berlaku itu.

p/s: hadiah dh bagi ekkk...jangan tuntot lagi ye!!

Rabu, 3 November 2010

Dhia in Tudung Syria- Photo taken by Mak Ik




Comelnya anak Mami ni.

Tudung tu Mak Ik yang punya. Ari tu kan Mak Ik datang rumah. Dhia pulak x de kawan, Abang Kimi pegi umah Atok tinggal la Dhia sesorang kat umah. Elokla Mak Ik datang jadi tukang layan Dhia. Tima kasih Mak Ik sebab layan Dhia. Sayangggggg Mak Ik. Lupe kat Mak Yang die...

My Dearest Friend....



Happy Anniversary my friend!!



Buat Hasnoor n Ahmad Tarmizi,

Aku doakan semoga hubungan cinta dan kasih sayang diantara korang berdua akan berkekalan sehingga keakhir hayat.

Isnin, 1 November 2010

Aku?

Ok, semalam, pakcik aku dr Seremban datang lepak kat umah sementara nak tggu time pegi umah orang kawin. Mak uda aku dh g dulu sebab die ORANG KUAT kat kenduri tu. Pas Zuho, pakcik aku dh gerak nak pegi, aku ngan Rin n Dhia pun folo lah skali. Ditambah ngan x de aktiviti memasak ari Ahad tu kan. Kimi pulak kat umah ayah.

PAs balik dari kenduri, pakcik aku sambong lepak lagi kat umah aku. Dorang layan lepak sampailah Mak uda aku balik dari kenduri tu. Pastu aku kol mama suruh datang lepak sini, kebetulan kat umah mama, Mami ngan Anti pun ade. So, dorang pun datang la skali. Tup2...Pak jang n mak jang pun datang jugak melepak kat umah aku. Wah!!!!! terase murah rezeki aku sefamily sbb ramai orang datang kat umah kami. HAhahahahahah.....dorang lepak2, minum2 n makan2 sambil bergosipan.

Menjelang nak Maghrib, Anti dh nak gerak balik Banting. Kenelahh balik awal sbb husband die x folo skali.Yang tinggal, langsung kitorang ajak pegi makan kat luar. Yelah, kat umah x ade apepun. Memula ingat nak makan kat Ani Sup Utara tp takut x memuaskan, kitorang tukar g OTWC. Motif? aku pun x tau, janji ssume orng puas ati.

Tp, persoalan aku dan Rin mampu ke tak nak membayar harga makanan dan minuman itu semua, adalah tanggungjawab aku. Jadi aku rase, tak perlu la risau aku ade duit ke x? Tujuan aku bukanlah riak setakat kat OTWC je kan? TAPI, tujuan utama adalah sebab aku IKHLAS dan aku mau semuanya HAPPY.....harap semuanya memahami dan tidak niat sekali nk menunjuk2 apatah lagi nak berlagak kaya macam ORANG LAIN tp semuanya kerana kegembiraan untuk semua yang disayangi.......

Terharu kerana masih ada yang sudi bertandang ke pondok buruk kami....hingga kami ilang kata2, ilang duka lara, pupus segala rase cuma yang tinggal hanya kenangan yang x akan dilupa....

Ahad, 31 Oktober 2010

Video- Tamil Dance by Aimar Group




Akhirnya, reti n sabar jugak aku mengekjas benda ni.
Kat FB pun, ade aku tag kengkawan untuk aku share bersama merasai betapa aku bertuah mempunyai anak bernama AIMAR HAKIMI. Walaupun sekadar tarian biasa tp bagi aku CUKUP BERMAKNA. Aku berharap suatu hari nanti aku akan bertambah atau cukup bertuah lagi untuk menyaksikan AIMAR HAKIMI berjaya dipersada akademik dan mempunyai pertahanan agama yang membanggakan hati mami dan papa.

Celoteh tengah pagii!!

Uishhh... x tido lagi aku ni. Tgh uplod video Aimar kat youtube, lame la pulak. nak kansel sayang pulak.

Malam tadi, 30 Oktober, Kimi buat show sempena Concert and Graduation Day tadika die. Seingat aku la, Kimi mula practise untuk concert die ni seawal bulan Ogos lagi. Sebelum sampainye ari concert ni, Kimi x penah bagitau aku, die buat show ape. Rahsia betul!! Sepupu sepapat die tanye pun, die kate TUNGGGUUUUUUU......

Hahhahaha....ari yang dinanti dah pun tiba. Balik dari skolah jumaat tu, die bawak balik costume untuk concert die nanti. Baju KURTA!!! hshshshsh...sah lah ko menarik ala-ala Bollywood kan?

Concert tu buat sebelah malam kat Equatorial Hotel, name je gah ok, makanan TARAK!!!!Yelah...dah anak skolah kat situ kan? support jela ape aktiviti die kan? Tp, b4 Kimi buat show, aku plak yang tetiba nerbes!!! Hahhahahaha....takot Kimi menangis!!! Padahal die memang COOL n STEADY!!!! Good my sonnnn!!!

Story seterusnye pasal concert, next entry ye siap aku postkan pic skali. N kalau aku reti, aku postkan video skali. Malam ni kite citerrr sikit2 dulu dowh!!!


Notataikayam: sejak dh sihat ni, keupayaan aku menaip dah mcm kene PARKINSON lah pulak...menggigil2!!!pedehal ni? salah tangan aku ke keyboard ni? Keyboard ni rapat sangat button die kan?

Rabu, 27 Oktober 2010

Selamat Hari Lahir buat Emmie



Faizal n Emmie.

Selamat hari lahir Emmie.

Longlin doakan semoga kesuburan cinta diantara emmie dn faizal berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna, rezeki yang melimpah serta anak-anak yang bakal mendoakan untuk kamu suatu hari nanti.

Anyway, yang ke berapa tahun ni ek emmie? Heheheheheheheheh....

Love forever lah...

Selasa, 26 Oktober 2010

Diserang asmaradana....

Cetttt!!! asmara kebendanye...lakibini macam nak mati dah ni. nasib baik anak2 dh beransur elok. kitorang pulak yang dilanda asmara asma. adoi!!!

mungkin sebb cuaca x begitu elok skang ni, xpenah2 aku amik nab sampai 2 kali sehari tu belum campo ngan symbycort yang aku amik kat umah lagi. betul2 mencabar kekuatan aku sebagai Mami. Yelah, pagi2 dah kene dukung Dhia sbb die still tido lagi. Pagi tadi rase nak tumbang tp kuatkan juga mengenangkan laki aku pun hampir nyawa-nyawa udang. Pas dh anta Aimar g skool, kitorang g klinik. Aku dapat MC 2 ari same gak ngan laki aku. Tp, aku lagi teruk sebenarnye sebb aku jenis x dok diam compare ngan laki aku yang baring jerr...

Pas dh anta laki aku balik umah, sempat lagi aku pegi meeting dinner. Bukannya x bbole ponteng tapi aku kesian pulak ngan kawan-kawan yang datang miting tu nanti. Eh, ape kes ngan aku plak kan? aku je perasann! x pe semangat mesti ada. pas abih miting, amik kimi kat skolah, aku kene asma lagi. Gile babi!! ngan nak bawak kete lagi, ngan nak terkencing lagi....sadissss!!!

apepun, aku dah selamat sampai kat umah. dah makan ubat n skang tangan dh menggigil kesan dr ubat yang aku makan masih sempat nak bukak laptop!

Doakan aku sihat seperti bese...sian kat anak-anak aku.